click here :)

Khamis, 23 Julai 2009

Semalam...Gerhana..

Semalam ku bermeeting pada petang dan malam, ceh bunyinya cam orang penting je, tapi kehadiran ku ke meeting cumalah sebagai ahli yang prihatin dan sedikit terpaksa. Kan tu salah satu fungsi ahli kelab.

Okkelah, kembali kepada pagi semalam, ku keluar dari bilik sebelum pukul 8 pagi, tgk cuaca redup, mendung, skali ku dongak ke langit redup tu, ku nampak matahari yang sinarnya kurang jelas, dan pelik, kudapat lihat matahari dengan mata tanpa perlu nak kenyet2. Kalau mendung, mana ada matahari, rupanya lepas tu baru ku tau ada fenomena gerhana matahari, walaupun di tempatku ni tak berlaku gehana penuh, tapi ada lah tempias sikit-sikit. Hmm, sebenarnya cuaca yang macam tu best je, sebab ku ada kelas yang bertempat di bilik kuliah yang jauh dari fakulti, dan kami satu kelas perlu berjalan ke sana. Cuaca yang tak panas buat kami rasa sedap je berjalan.

Dan disebabkan kelas yang penuh dan menghadiri perjumpaan itu dan ini, ku tak dapat bertenet semalam. fufufu

Tiada ulasan: