click here :)

Sabtu, 8 Ogos 2009

Bebelan sabtu..

Harini ku ada kelas softskill seawal jam 8. Ku merupakan orang pertama yang sampai ke kelas tu, pastu berbondong-bondong classmate tiba. Tajuk lecture harini ialah ' kemahiran membuat keputusan'. Semestinya ku tidak berminat dengan lecture tuh tambah lagi ngantok gaban, jadi ape lagi, ku pon sketch sketch dan sketch..ku berjaya sketch kedudukan yang ku dah lama teringin nak lukis, tapi mestilah nampak tak berapa betul lagi, cuma okkelah untuk budak baru belajar macam ku ni. Nanti ku akan upload gambar tu.

Kenapa entah bila masuk kelas tu, ku rasa diri ini sangat senyap. Mungkin sebab suaraku tak setanding suara mereka, jadi susah untukku menyampuk kata-kata mereka. Bukan ku mahu menyenyapkan diri, tapi nanti kalauku tiba2 berubah kelakuan orang kata apa pulak. Dah tu terpaksa lah diam je.

2 ulasan:

Unknown berkata...

org ptama smpai k kls 8am?! sugoi wa!

kuroneko berkata...

Bukan awal, orang lain yang lewat