click here :)

Isnin, 10 Ogos 2009

Hari ni XM!!

2 hari cuti hujung minggu ku manfaatkan dengan study, revision, dan sudah tentunya kurang tido, hari sabtu tu tak lah sangat, tapi ahad tu cam best juga la ku mengurangkan tido.

Tup2, sampai lah hari ni hari exam nya, biasanya exam ikut masa kelas, dan kelas harini 2 jam, ku pulak dapat tau exam sejam je dan bermula sejam akhir kelas, jadi ku pon melepek2 kat bilik sampai pukul 9 lebih baruku mula bersiap. Tengok kat luar tingkap nampak classmate menuju ke kelas, ku pon dah gelabah, bukankah pukul 11? Jadi sebab ku rasa kena pergi awal, ku pon bersiap cepat2 dan jalan cepat2 ke arah yang sama.

Sesampai disana, ku ikut je budak2 kelasku naik ke lecture hall, ku tanya, "Eh! kita exam kat sini ke?" Dia jawab," tak kita belajar dulu sejam pertama, sejam kedua baru exam, kat bilik tutorial.."
Ohoho..kenapa maklumat tak sampai ni?? Nasib baik ku sampai juga ke kelas yang attendance nya wajib..

Lecturer menyarankan sape2 yang sakit, duduk kat belakang sekali sebagai langkah berjaga-jaga, tapi tak da sapa yang pergi, takda yang sakit kot.Hmm..Dengar kata ada sorang student dari jabatan kami disahkan positif H1N1.. Siapakah?

Semoga Allah melindungi kita sentiasa daripada wabak serius ini..Amin..

ps: lebam kat lenganku penangan tali bow tu dah makin pulih..cepatlah hilang, hodoh betul..

2 ulasan:

Tinta Tuah Pengembara berkata...

hehe ni pantun ke kl

pulang ke kl membeli tiket,
singgah sekejap kat kfc,
rindu pada rumah dah memang begitu,
kita guna lak 3G dari celcom

hehehehe......

takper kiter berkorban ek..
demi ilmu
balik nanti kita berbakti lak ..

hehe cayok cayok

kuroneko berkata...

Sungguh tidak menepati ciri2 pantun..hehe

Yep, kita kena la berkorban demi ilmu..