click here :)

Jumaat, 20 November 2009

Bohsan? bosssan? Bosan!!

Entri kali ni aku mau membebel pasal berkenaan perkataan bosan. Kebanyakan budak-budak u, bila minggu study diorang dah sebok-sebok teringat rumah la, tak sabar nak balik la, dah tak da mood nak study la. Bila masuk minggu exam pulak, sibuk mengemas barang, shopping kek lapis dan ikan terubuk masin la(utk student kat sarawak la), makin tak sabar nak balik, semangat dah sampai rumah, cuma jasad je masih kat hostel tu.

Bila semua dah selesai, dah habis pon exam, dan semua dah sampai rumah, semua sebok pulak merungut bosan bosan dan bosan. Yang menjadi masalahnya di sini, bukan ke korang jugak yang tak sabar-sabar nak balik dulu tu? Kenape pulak boleh bosan? Pastu mulalah status kawan-kawan u aku kat fb tu diisi dengan perkataan B.O.S.A.N.

Bagi aku, aku tak lah excited sangat nak balik, aku suka dok kat rumah, aku cuma tak suka bila tak da benda nak dibuat dan hidup aku masa cuti mula bosan. Aku tak suka minggu exam, sebab masa tu aku akan rasa takut, nak muntah dan tak cukup tidur. Bila balik rumah aku akan terlebih tidur pulak. Sampai sekarang aku masih tak jumpae penyelesaian bagi masalah ni..

1 ulasan:

Unknown berkata...

doihachibi pnh mnyampah dgn org yg ckp mcm tu. klw cuti pnjg bosan, cuti pendek mrungut.

doihachibi pn suke duk rmah, tp slalu cm xde life, haha