Dah lama aku x update blog, dan dah banyak benda dalam kepalaku mau ku luahkan, dah baynak juga aku lupa. Sepanjang cuti ni, aku banyak benda berlaku, aku keluar dengan kawan2, first time ziarah kawan masa raya kat rumah dia, first time bawa kereta sorang2 dari rumah dan bawa kawan2 sekali, rumah selalu takde air, rancangan tv yang dipenuhi dengan kisah dongeng dan yang terbaru, dvd player laptopku rosak. Walaupun banyak perkara berlaku, aku tetap macam ni juga, aktiviti aku di rumah tak banyak, siang tidur banyak, malam jaga. Baru2 ni aku buat kerja rumah waktu malam, sapu dan mop lantai. Lepas tu tidur.
Waktu cuti ni juga aku gunakan masa yang ada untuk mengulang tonton siri Gundam Seed. Ye, aku peminat Gundam Seed. Oh aku rasa aku akan tulis satu entri tentang Gundam kemudian, tak perlulah aku cerita banyak2 kat sini sekarang.
***
Aku baru je dapat result, aku tak kecewa sangat bila tengok pointer, tapi bila tengok gred setiap subjek memang terasa lah. Aku ada kebolehan delay perasaan tak best, aku tak tau itu baik atau tak, dan aku tak tau bila masanya perasaan aku yang sebenar terhadap result aku tu akan menunjukkan kesan. Aku berharap aku tak akan rasa terlalu 'down' bila masa tu sampai. Sampai sini dulu, dengan masa yang singkat waktu menaip ni, aku undur diri dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan