Miss A sekarang, nampaknya dah kembali kepada Miss A sebelum aku kenal dia. Jeans agak ketat, tak berstokin, tudung kembali pendek. Perubahan ketara. Kembali kepada sebelum ini. Aku sangat terkejut dengan perubahan dia. Kami pernah berada dalam satu kumpulan usrah, aku meninggalkan usrah tersebut selepas satu sem, lepas tu aku dapat tau dia turut keluar. Aku tau dia berubah kepada lebih menjaga aurat setelah bersama usrah tersebut. Melihat dia berubah kepada dia yang dulu membuat aku terasa seperti dia rasa tertipu selama berada di dalam usrah. Apa tujuan dia menjaga selama ni? Kenapa dia boleh berubah lagi? Ke mana didikan baik usrah yang dia terima selama ini? Aku berharap dia akan kembali kepada semasa aku mula2 kenal dia dulu.
Perubahan manusia sangat menakutkan~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan