***
Masa dalam kelas tadi, aku dapat satu idea untuk melukis satu komik ringkas satu muka surat. Keyakinan aku terhadap lukisan aku tidaklah tinggi, sebab aku masih mentah,, masih baru, masih tak mengerti apa kriteria yang diperlukan dalam menghasilkan komik. Aku masih dalam proses mengasah kemahiran. Dah lama juga aku tak melukis. Jadi aku berharap aku boleh menghasilkan komik strip yang boleh difahami oleh pembaca, walaupun pembaca tersebut tak biasa membaca komik dan kurang faham dengan simbol2 yang biasa diguna oleh komik jepun.
Aku sangat suka melukis komik dan aku mempunyai angan2 untuk menghasilkan komik yang cantik, yang boleh diterima orang ramai, dan yang utama, aku berharap aku dapat berdakwah/ menyampaikan nasihat dengan apa yang aku mampu lakukan. Aku bukanlah orang yang layak memberi nasihat, tapi aku mahu berkongsi nasihat yang aku tujukan buat diri sendiri dengan orang lain. InsyaAllah~ Allah Maha Besar!!
2 ulasan:
kdg2 x sedar dgn kbolehan diri, kyakinan ade tp x mnyerlah n x dpupuk?! hmm, teori doihachibi
insayaALLAH, da'wah dgn komik?
haha ii nee~ tanoshimi ni!
ii wa, arigato naa~, plz support me k..
Catat Ulasan