click here :)

Jumaat, 22 Januari 2010

Stress Sabar

Hari ini hari stress aku, Alhamdulillah, hari ini stress berakhir dengan lega. Bila difikirkan, banyak perkara menyeronokkan yang dah berlaku. Surau kolej kami menerima ahli baru, yang kelihatan sangat berminat. Masa mula-mula dia datang, dia cakap dia malu nak datang surau selama ni. Aku faham, ramai yang rasa macam tu, tapi kita perlu kikis perasaan malu tu, datang je kalau nak, kita semua boleh berkawan.

Lepas tu ada request dari seorang ahli persatuan untuk masukkan peserta untuk program yang akan kami buat hari Sabtu ni, seorang mualaf muslimin. Semasa hadir meeting tadi, baruku tau siapakah hamba Allah yang diberi hidayah tersebut. Dia pernah satu kelas Bahasa Jepun dengan aku. Aku rasa sangat gembira bila tau hal tersebut. Sangat gembira. Meeting berjalan lancar, harmoni, tenang, jelas. Sungguh, bila kita stress, tension, cuba bawa bersabar banyak-banyak. InsyaAllah kerisauan akan hilang akhirnya. Langit yang cerah cantik, tetapi langit selepas mendung, hujan adalah paling cantik.

Allah Maha Mengetahui~

4 ulasan:

Lyle Hikari berkata...

eh. sape eh. dlm kelas kite dulu ade baper kerat je pon budak laki..

kuroneko berkata...

Yang pazung tuu..ingt x?

Lyle Hikari berkata...

err.dlm kelas tu dulu ade 3 org je kan laki. pita san, dwen ngn andrew. andrew ke? wah. xsangke.

kuroneko berkata...

Andrew tu pasung~