Selalu juga dengar benda ni kan..." benda yang dekat dengan kita, kita tak nampak, yang jauh tu laa yang kita nak". Aku terfikir, secara hukum fiziknya, memang mata kita tak dapat nak tengok dengan jelas benda yang ada dekat sangat dengan mata. Tapi macam mana pulak kalau yang depan mata tu je yang kita nampak? Aku rasa agak parah jugak. Hmm.. mungkin itu yang aku alami sekarang, jadi aku dah mula menjauhkan benda dekat yang aku nampak tu. Pada mulanya tak sengaja, tapi aku rasa ok jugak kot buat gitu, boleh jaga hati sekali, kesian hati ni, asyik sakit je, nak hantar sepital tak dapat.
***
Semalam aku pergi ka tempat sampah. Integrated Waste Management System. Aku tengok landfill..ada sanitary landfill, incenaration plant, dan juga leachate water treatment plant. Sanitary landfill tu merupakan tempat mengumpulkan sisa2 daripada pelbagai bahan. Bahan2 pepejal, yang contohnya sampah sarap dari rumah2. Sanitary landfill dibahagikan kepada beberapa sel. Setiap kali satu sel penuh, sel yang baru akan dibuka. Satu sel boleh digunakan selama dua tahun untuk menampung sampah2.
Dekat tempat tu, ada banyak burung bangau dan burung2 kecik yang aku tak tau namanya. Menurut encik yang memberi penerangan kepada kami tu, banagu tu kawan baik mereka. Kalau bangau tu tak ada, lalat2 akan jadi banyak tak terkawal. Kehadiran mereka membantu mengawal populasi lalat di situ. Ada satu ketika bangau merajuk, lalat jadi banyak sangat. Sampai nampak hitam je. Bangau makan berengga lalat tu, manakala burung kecik tadi makan lalat tu sendiri. Ye, 2 peringkat dalam kitar hidup lalat dah diancam.
Lepas tengok landfill, kami ke leachate treatment plant. Di situ mereka merawat air daripada sampah sarap di landfill tadi. Air yang sangatlah kotor dan hitam menjadi jernih dan bersih selepas mengalami proses rawatan seperti coagulation, flocculation dan lain2.
Aku sngat excited dengan lawatan tu. Walaupun tempat tu busuk, tapi aku berminat untuk bekerja di tempat tu. I love to keep my environment clean~
4 ulasan:
ye. terima kaseh. cik kuroneko tolong la jage alam sekitar. tahukah kamu sebenarnya bahan buangan daripada peralatan elektronik yang org2 teknologi seperti saye ni guna, sangat2 mengancam alam sekitar? hahaha. tolong ye.
Ye, org teknologi mmg mghasilkan bhn buangan merbahaya...sy akan cuba berkecimpung dlm bidang ni..
sambut tak earth day..tadi..
Oh saya menyahut seruan scara tidak lansung..kebetlan mmg x guna apa2 barang letrik...
Catat Ulasan