Beberapa hari lepas, seorang kawan dihantar ke ER. Sebab: tak diketahui. Macam mana kami boleh hantar dia ke spital ? Pada malam tu kami set up tempat untuk satu program, dia tolong aku tampal nombor tempat duduk dalam auditorim. Bila dah siap, kami keluar, dia duduk, kaki dan tangan dia mula menggeletar. Aku dan beberapa orang kawan papah dia keluar selepas minta pak guard panggilkan ambulan u. Dia dihantar ke hospital umum dan dimasukkan ke ER. Waktu tu pukul 1130 malam
Kami menunggu, doktor cucuk dua2 belah tangan dia. Kesian, sakit. Aku masuk dan keluar dari tempat dia. Tak tau nak buat apa. Apa yang aku boleh buat untuk mengurangkan rasa tak best kawan aku? Seingat aku, aku cuma tanya dia "ada rasa ok sikit x?", dan "sabar ye.."..huh clueless. 5 orang chaperon yang pergi termasuk aku keluar dan masuk ER tersebut. Kemudian seorang tidur, 2 orang mmenuggu di dalam, aku dan seorang lagi keluar cari makanan. Lepas tu, balik dan makan di bangku panjang di hospital. kenangan. Tak boleh lupa. Lepas selesai kawan kami masuk air, kami pulang, jam lebih kurang 330 pagi. Sampai di kolej pukul 4. Tido dan bangun lambat untuk program esoknya.
***
Kursus Pra-Perkahwinan.
Sabtu dan Ahad lepas berlansung dengan lancar. Satu program yang memberi pengalaman baru. Banyak kerja2 baru yang kubuat. Yang aku paling ingat ialah menggunakan DSLR seorang team member. "Thanx dude sebab benarkan saye guna kamera kamu". Susah juga guna kamera canggih. New learner macam saya masih rasa sukar menggunakannya.
Yang paling penting dalam program ni, kami semua bekerjasama dengan baik. Mana yang kurang tenaga kerja kami dapat top up dengan mana yang ada. Team member saling memahami dan membantu. Aku suka tu!! Terima kasih kepada yang membantu, dan mintak maaf jika saya ada buat silap.
Ni poster untuk program tu..cantikkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan