Beberapa jam lalu, pakcik PM membaca perutusan khas Aidilfitri. Bermula lepas maghrib tadi, kedengaran bunyi2 bom kecil, bingit, dan meresahkan corong telingaku yang masih kurang seimbang. Beberapa ketika lepas solat isya' tadi, aku berjaya snap gambar kanak-kanak di rumahku ketika mereka bermain bunga api. Mereka mengisi biskut2 raya ke dalam bekas sambil bermain2 dan menonton tv. Orang2 dewasa pula membuat persiapan untuk juadah raya esok hari. Aku, masih tidak eksaited mahu beraya.
Ramadhan akan pergi, Syawal pula mengganti.....
Esok, insyaAllah untuk solat sunat Aidilfitri, kami akan ke qaryah ramadhan, err..mungkin sudah tidak sesuai menggunakan nama tersebut pada 1 Syawal. Harapan untuk Aidilfitri kali ini, ingin merakam gambar keluarga, memandangkan semua ahli keluarga pulang dan berkumpul bawah satu bumbung. Tahun depan, mungkin raya tidak pada lokasi yang sama.
Salam Aidilfitri buat semua. Maafkan jika aku pernah melukakan sesiapa.
ps: Semoga Syawal kali ini berjaya mengeratkan ikatan silaturrahim antara kita~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan