click here :)

Khamis, 16 September 2010

Pertama kali..

Makcik suruh ajar anaknya mengaji. Bila ditanya Y, sepupuku, dia sudah baca sampai mana, dia jawab pada surah Al-Maaidah, surah ke-5. Aku kagum. Ini merupakan kali pertama aku mengajar kanak2 mengaji. Kata mereka yang berpengalaman, susah. Disebabkan Y sudah lama mengaji, dia boleh membaca dengan betul, cuma kelancaran tu masih perlu diperbaiki.

Bila aku tengok baris2 dalam Al-Quran dalam keadaan terbalik, rasa pelik. Sebelum ini asyik baca sendiri je. Seronok bila dengar kanak2 mengaji. Tiba2 terasa alangkah baik jika kanak2 hari ini membentuk generasi Al-Quran pada masa hadapan.

2 ulasan:

Lyle Hikari berkata...

yup. ank buah org br 6 thn pon da bc Quran. bleh tahan la jgk bacenye. Mcm kalah je makciknye neh. huhu.

kuroneko berkata...

Alhamdulillah~ semoga Al-Quran terus wujud dan segar dalam hati mereka..