Siang tadi, aku ke kinokuniya, lepas berjalan2 scan2 beberapa rak novel, aku melangkah mendekati pintu masuk tadi, kemudian ternampak seorang pakcik berimej seniman. Rambut dan janggutnya panjang, spek tergantung di leher. Dalam hati aku kata, "Wow, harini aku nampak A. Samad Said real depan mata". Sedikit eksaited di situ. Lepas pusing2 kinokuniya, tak nampak lagi beliau di mana2...
****
Balik dari kinokuniya, aku dimaklumkan kami akan berbuka puasa di luar, ada orang mau belanja. Lokasi? Nasi Dagang Ulik Mayang. Sebenarnya, aku bukan suka pun berbuka di luar ni. Buat rumit nak solat je. Awal juga kami sampai, 630 ptg dah tunggu depan meja dah. Makanan kat situ tak la special pun, nasi dagang terengganu. Bagi aku, rasa makanan2 kat situ biasa je, ok2 je, makan yang mak buat lagi seronok kot.. haha..tapi makcik aku kata nasi dagang tu SEDAP! Jadi betul kot sedap, aku yang kurang pandai menilai. Servis mesra, tapi agak slow. Mungkin juga kebetulan masa kami pergi kot dia terlambat. Entahlaa..
Yang penting, terima kasih kepada orang yang belanje, kerana anda, saye kenyang..
2 ulasan:
janggut putih, rambut putih? org tingin jgk nk jupe die yg real. sbb rase die tu mcm cool je. hehe
Yelah, mmg kool..stedy slow je dia jalan tgk2 buku...
Catat Ulasan