Ramadhan kali ni lain macam sikit rasenya. Terlalu pantas, sebab cuti 2 minggu ni ke...atau kerana sepanjang Ramadhan ni banyak aktiviti berlaku? Em..memang terasa bila Ramadhan makin menjauh, seakan2 merajuk, seolah-olah mahu aku tahu betapa banyak masa berharga aku telah abaikan sepanjang dia di sisi....
Ramadhan tahun ni, memang berbeza, kalau aku dipanjangjan umur, diberi lagi kesempatan bertemu Ramadhan seterusnya, aku takkan bertemu lagi dengan orang2 yang berada di sekeliling sewaktu Ramadhan kali ini.. pasti ada suara2 yang takkan kudengari lagi waktu itu.. bila membayangkan saat akan datang, terasa sedih...sepi..sendiri..
Seperti kata dia, rugilah kali ni, kalau kita x jumpa Al-Lail yang istimewa itu...
Semoga aku dan dia diberi kesempatan bertemu Ramadhan seterusnya~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan