Peristiwa hari ni buat aku teringin untuk mengungkapkan satu pepatah ni,
"Yang tua dihormati, yang muda dikasihi (disayangi)"
Beberapa jam lepas, aku mengalami kesulitan untuk sampai ke tempat aku berada sekarang. Aku jadi marah. Tapi sekejap je, dah tak marah dah waktu menulis ni..haha..lucu bila diingat kembali.
Kawan aku cakap, "kuroneko, maafkan jelah diorang tu, diorang kan budak2 lagi.."
Aku cakap, "yelah, aku tak simpan dalam hati pun, memang diorang tu budak2 lagi.."
Mereka yang terlibat tu, selain aku dan kawan2, memang budak kecil lagi pada pandangan kami, sebab diorang baru tahun pertama di u kami. Sangat mentah, sangat innocent...
Untuk adik2, kakak tak marah pun, err... mungkin marah, tapi kejap tadi je, tak simpan dalam hati pun, lebih2 lagi dalam bulan mulia ni. Apa yang berlaku ada hikmahnya.
Oh, burung besi yang bakal membawa aku terbang ke tanah di barat sana mengalami kelewatan, macam biasa...
ps: Apa yang diceritakan di sini biarlah di sini sahaja~ :)
2 ulasan:
selamat berhari raye. eh, da sihat sket eh smlm. mesti happy sbb nk blik.
xsempat pon nk bermaap-maapan dgn kamoo.huhu
Siapa suruh kamu xnak cakap dengan saye semalam? Imbangan org masih bermasalah..bengang sket rase kepala waktu nak landing tadi..Selamat hari raye..
Catat Ulasan