click here :)

Sabtu, 9 Oktober 2010

Crappy talk 3

Sudah hampir seminggu setelah entri merapu di bawah... Satu malam payah mau tidur sebab teringat benda2 yang aku sebutkan dalam crappy talk lepas. Tapi alhamdulillah, berjaya diselesaikan beberapa perkara. Hari tu, sangat gembira, puas hati bila perkara yang disenaraikan dalam to do list berjaya dilaksanakan. Kini, ada lagi perkara perlu dibuat, cuma belum dijelaskan dalam bentuk tulisan.

Makin aku rasa teringin nak deactivate fb, makin banyak pula keperluan menggunakannya. Jadi buat masa ni, memang mustahil untuk berbuat begitu. Lupakan niat tu dulu, at least boleh juga mencoret apa sahaja yang terlintas di ruangan status akaun fb tu.

Boleh ke rasa sakit disebabkan perkara kurang jelas dan secara ringkasnya tak berkaitan? Pelik betul dengan hati, sungguh mudah menerima rasa, suka atau sakit. T_T

Aku rasa aku makin dewasa, sebab perasan ejaan perkataan pada tulisan2ku kebanyakannya dieja dengan lengkap, jarang dah guna singkatan. Lama2 nanti mungkin aku dah tak reti nak baca tulisan muda mudi. Dah la aku ni pun tak pernah guna ejaan, kewl = kool, skunk=skang mahupun fwenz=friends . Rase penin bila baca tulisan yang terlampau diolah ejaannya. Annoying pun ada..

Sekarang, aku berada di library, dari pagi lagi kat sini, tapi dah tidur seround kat hujung rak buku tadi, kejap je terlelap. So, masih mengantuk. Perut kembali lapar, tapi aku mau menghadap assignment ni dolok..

Aku takda tujuan menulis entri ini..jadi abaikan ketiadaan kesinambungan antara perenggan, sape je pun nak baca, xdak sebenarnya..

2 ulasan:

dil berkata...

ni blog ila yg xpnh ila bg kt org kcuali kwn ila 2 org...

kuroneko berkata...

blog yg mudah nak komen...i like..