Makin aku rasa teringin nak deactivate fb, makin banyak pula keperluan menggunakannya. Jadi buat masa ni, memang mustahil untuk berbuat begitu. Lupakan niat tu dulu, at least boleh juga mencoret apa sahaja yang terlintas di ruangan status akaun fb tu.
Boleh ke rasa sakit disebabkan perkara kurang jelas dan secara ringkasnya tak berkaitan? Pelik betul dengan hati, sungguh mudah menerima rasa, suka atau sakit. T_T
Aku rasa aku makin dewasa, sebab perasan ejaan perkataan pada tulisan2ku kebanyakannya dieja dengan lengkap, jarang dah guna singkatan. Lama2 nanti mungkin aku dah tak reti nak baca tulisan muda mudi. Dah la aku ni pun tak pernah guna ejaan, kewl = kool, skunk=skang mahupun fwenz=friends . Rase penin bila baca tulisan yang terlampau diolah ejaannya. Annoying pun ada..
Sekarang, aku berada di library, dari pagi lagi kat sini, tapi dah tidur seround kat hujung rak buku tadi, kejap je terlelap. So, masih mengantuk. Perut kembali lapar, tapi aku mau menghadap assignment ni dolok..
Aku takda tujuan menulis entri ini..jadi abaikan ketiadaan kesinambungan antara perenggan, sape je pun nak baca, xdak sebenarnya..
2 ulasan:
ni blog ila yg xpnh ila bg kt org kcuali kwn ila 2 org...
blog yg mudah nak komen...i like..
Catat Ulasan