click here :)

Sabtu, 18 Disember 2010

Year End Sale, Y.E.S, but NOT all

Bila hujung2 tahun macam ni, mmg ada jualan murah di mana2 saja. Kebiasaannya memang ramai yang mengambil peluang berbelanja pada waktu begini kerana harga barangan memang jauh lebih murah daripada waktu biasa. Sogo salah satu tempat yang mengadakan jualan dengan potongan harga dan memang menjadi tumpuan pembeli.

Tadi aku ke sogo, mak nak bli beg baru, bila pusing2 mata tertangkap la satu pattern bag yang dia suka, bagi aku pun, boleh tahan la, tapi bila tengok harga, Rm400++. Oleh sebab aku bimbang duit bakal keluar bak satu tempayan air ditelangkupkan, maka aku berkata, " Kalo beli ni, rasanya tuhan tanya juga esk2, nak jawab apa?..".. Sebenarnya aku tiru ayat yang sama yang mak pernah cakap satu masa dahulu..he he..mak x jadi beli beg tu. Alhamdulillah, memilih satu lagi beg yang harganya lebih rendah.

Aku pula, nak kasut. Dah satu sem kasut tembus tapak. Pusing2, jumpa kasut harga dekat rm200, memang rasa nak beli. Kemudian, giliran mak pula cakap benda yang sama, takut tuhan tanya esk2.. aku pun tak jadi beli, beli kasut lain sebagai ganti yang harganya jauh lebih rendah, x sampai seratus ringgit pun..Alhamdulillah kali ke-2.

Aku dalam proses untuk berjimat dan beringat ketika berbelanja. Takut lambat hisab di padang mahsyar kelak, sebab sangkut kat part membelanjakan harta di dunia ni.. Moga2 usaha menjadi, mari sama2 berusaha..


Gambar hiasan semata-mata

2 ulasan:

W berkata...

Bagus...bagus.Semoga usaha berjaya!

kuroneko berkata...

He he..trm kasih~