Masa zaman sekolah dulu2, memang x gemar bila buka sekolah, sebab cuti sangat seronok, walaupun tak buat apa2 kat rumah. Tapi, hari pertama sekolah, saya suka. Suka nak pakai uniform sekolah setelah lama disimpan dalam almari tu, suka gosok baju sekolah, kain sekolah, tudung sekolah. Sekarang dah jadi budak u, takde lagi uniform. Bila tengok adik2 sepupu mengenakan baju sekolah mereka pada hari pertama persekolahan tahun baru ni, rasa rindu pula dengan uniform dulu2..
Sempena kembali ke sekolah, bagi saya kembali ke tempat belajar la, saya dah buat keputusan, walaupun tak bulat, saya akan teruskan insyaAllah. Saya dah lama juga menyimpan rasa untuk berehat dari facebook. Paling2 pun saya nak kurangkan main fb ni. Itu hasrat saya sempena sem baru, juga sem akhir bagi pelajar2 batch saya. InsyaAllah, akan dilaksanakan nanti.
Semoga dengan rehat ini, saya punya masa yang cukup untuk menyiapkan perkara2 wajib sebagai pelajar.
2 ulasan:
semoga berjaya. kim salam kat kawan2 eh.
harap2..nampaknye, kite berhbg gune blog n tepon jelah skng, org dh deactivate fb, cume x tw la smpai bl blh bertahan..insyaAllah salam dikirim..
Catat Ulasan