click here :)

Khamis, 6 Januari 2011

Hari pertama

Harini hari pertama saya menjalankan aktiviti sekolah, jumpa supervisor, masuk kelas, jenguk lab. Masa jumpa supervisor, dia ingat saya datang nak tunjuk result. Macam mana nak tunjuk result, sampling pun belum. Lepas tu tanya beberapa perkara dengan dia. Selalu lepas jumpa dia, rasa sedikit lega. Risau dengan hal2 lab yang sukar diselesaikan. Jam kredit untuk FYP2 ni 5, banyak tu, memang kena buat betul3..

Petang ni, baru je lepas masuk kelas. Tajuk, special topics in chemistry. Tak taulah apa yang diajar, kuliah pertama, ajar benda2 organic synthesis. Tak faham. Bakal ada mini projek untuk subjek ni. Menakutkan!

***

Saya memang percaya yang hubungan persahabatan yang akrab perlukan jarak. Dari dulu saya tak pernah berkepit 24/7 dengan kawan baik. Walaupun sekelas, saya xpernah duduk bersambung meja dengan kawan baik. Kawan yang duduk di meja sebelah jadi kawan baik saya lepas tu adalah, tapi lepas kami rapat, saya selalunya x duduk lagi terlalu rapat. Saya pernah bagitahu seorang kawan baik, " bagi saya, kawan baik, tak boleh terlalu rapat, kena juga ada jarak". Dia cakap ye ke? Dia dengan P ok je rapat, xde jarak. Itu semasa dia cakap la, sekarang dah ada masalah juga.

Nak jaga hubungan susah juga, bila orang yang terlibat memahami dan sedia bertolak ansur, xda masalah sebenarnya. Cuma itulah, x semua orang boleh macam tu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

back to school!

kalau bab jaga hubungan persahabatan, c-chibi tak pandai kot. sayang kawan tapi suka buat hal sendiri heh

semua hubungan perlu jarak kecuali hubungan kita dengan Allah

ulang suara, c-chibi sayang sahabat sekalian (^-^

kuroneko berkata...

haa..different people have diff ways to do it..momsntsi, just dont let it break..