Semalam, bro call, saje katanya. Lama x bercakap. Fb pun x on. Kami memang jarang bercakap melalui telefon. Selalu, fb saya memang selalu sangat on, pantang ada masa, online aje. Selalunya juga, apa2 update dan berita2 terbaru bro memang saya tau melalui fb lah. Waktu2 senggang dia, beliau akan online, tidaklah sekerap saya. Macam tu juga sis. Update beliau, saya banyak tahu melalui blog beliau, selain berita2 dari mak. Mak selalunya jadi penyampai cerita2 terbaru bros dan sis. Haritu mak bagitau, bro tanya saya macam mana sekarang, saya dapat agak, mesti sebab fb. Fb saya dah deactivate sementara, tak fikir panjang, sebab kegunaan rasmi dah lepas, terus deactivate untuk memberi ruang dalam sem akhir senior year ni. Saya fikir itu lebih baik.
Kami berbual panjang juga, jarang dapat berbual begitu kecuali kami bersemuka. Lepas tu saya perasan satu perkara, kadang2 kita x nampak orang tu depan mata, tapi bila nampak di alam maya, dah cukup untuk bagitau kita yang dia ok, she/he is doing fine, like always. Tapi bila di alam maya pun x nampak, kita boleh rasa sedikit risau, sedikit pelik. Kawan2 baik pun tertanya2 masa saya menghilang. Cuma mereka dapat agak sebab saya pernah bagitau akan deactivate sementara ni.
Macam manalah nanti bila orang yang kita sayang kita x nampak di mata, x dapat dengar suara, x nampak kesan pun di alam maya. Saya terfikir hal ini. Lagi2 kalau keluarga. Tak selamanya kita akan berjumpa, bersemuka. Yang pasti, suatu hari nanti, kita memang akan terputus hubungan dengan orang2 tersayang, orang2 terdekat. Masa itu nanti, kita sorang2 akan berada di satu tempat asing, yang membezakan ialah apa yang kita kerjakan di dunia. Bukan wang dan harta, tapi satu ukuran yang kita x dapat nak cek statusnya, bukan macam kredit henfon yang boleh dicek setiap masa.
Bagus juga peranan social networking. Boleh menghubungkan individu yang saling mengenali tanpa suara, dan visual yang nyata. Berbaloi untuk diteruskan, tapi perlu kawal masa yang diluangkan. Kes saya, saya terpaksa rehat kerana gagal memberi ruang untuk perkara wajib diutamakan. Semoga Allah menjaga kita walau di mana kita berada.
Ps: Maka, hari ini, secara rasmi cuti tengah sem berakhir..back to work..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan