Saya selalu rasa karier dalam makmal x sesuai dengan saya. Selalu rasa yang kerja2 lab tu sangat rumit dan bosan. Semuanya kena dilakukan dengan teliti, berhati-hati. Saya rasa saya xcukup syarat untuk kerja ini. Tapi jika diberi kerja begini satu hari nanti, saya akan cuba juga lakukan dengan baik. Hari ni, saya dah rasa betapa sunyi bekerja dalam lab sorang2. Menakutkan jugak. Labmate dah balik, jiran2 pun xda. Mereka masih sambut tahun baru cina, setengah2 tu x datang sebab ni dah dekat hujung minggu kot, atau tunggu lepas jumaat karang baru datang. Tapi kat atas ada sorang encik tengah buat kerja dalam lab dia. Harap2 nanti ambik sampel tanah kat sana lepas ni dia dah xde. Gi solat jumaat.
Harap dapat selesaikan banyak kerja harini. Nanti2 boleh lega sikit. Xperlu kerap datang ke lab. Tapi bila sorang2 sunyi2 ni, agak menakutkanlah, walaupun siang2 hari.
****
Tengah2 bosan sorang2 kat lab ni, sempat lah berjalan2 kat blog orang len. Kebetulan terjumpa kabel dalam laci kat sini. Memang nasib ah, bleh jugak membace. Tengok blog sorang dak medik kat UK nun. Macam seronok je tengok gambar dia masa ceremony terima labcoat rasmi uni dia. Tengok budak2 medik ni, rasa kagum kot, otak macam mane tah boleh geliga gitu. Dulu2 ada la jugak cita2 nak jadi dokter, tapi lama2 tahu bahawa diri x layak. Sedih... Nampak kool je pakai jubah putih dan ada stetoskop kat leher. Haha..tapi rase jadi dokter tu, xtaulah pulak, sebab x pernah sembang2 ngan budak medik. Kawan2 pun jauh2 nak cakap2 x boleh. Kesian dan risau dengan kawan2 kat mesir, mesti susah mereka kat sana. Moga2 mereka semua selamat sentiasa.
2 ulasan:
oh. esok mesti da x sunyi kan. huhu. semoga fyp berjalan lancar.
Yep. Trm kasih, harapnye ok2 je.
Catat Ulasan