Dulu2, setiap minggu,ayah buat kelas kitab agama kat rumah, yang saya ingat, minhaj al- 'abidin, sebuah kitab fekah, terbuka untuk siapa2 je. X silap kelas tu dibuat atas permintaan kawan2 ayah, dan masa tu rumah kami memang ada ruang khas yang dijadikan surau rumah, kat situlah kelas diadakan. Setiap minggu rumah akan dikunjungi jemaah yang mencari ilmu. Masa tu, saya masih kecil, lebih kurang 6 @ 7 tahun. Suka sangat bila hari tu tiba, sebab biasanya mak masak banyak untuk tetamu2 yang hadir.
Pada mulanya, tetamu yang hadir, muslimin saje, kemudian, muslimat pun turut serta. Isteri dan anak2 kawan2 ayah turut berminat, dan kami bahagian muslimat berada di bilik bersebelahan surau. Satu speaker digunakan atas inisiatif seorang kawan ayah. Dengan bantuan speaker, suara dapat didengar jelas. Meriah rumah kami setiap hari jumaat, barangkali, saya kurang ingat hari apa diadakan. Kadang2 tetamu2 muslimat yang hadir membawa buah tangan, makanan untuk dikongsi semasa juadah lepas kelas. Seronok, waktu tu lah saya berkenalan dengan keluarga kawan2 ayah. Rakan sebaya saya xda yang perempuan, jadi saya berkawan dengan kakak2. Sayang sebab waktu tu saya masih kecil, kurang faham dengan pelajaran, malah tak berminat. Saya x ingat isi kandungan yang diajar.
Sekarang, saya berada di universiti, setiap hari jumaat ada kelas akidah dan feqah berselang-seli. Hati saya rindu, syukur kerana Allah masih memilih saya untuk berada dalam majlis ilmu seperti itu. Syukur sekali kerana kali ini, saya faham apa yang diajarkan oleh ustaz. Walaupun setiap minggu jamuan ringan yang diadakan tidaklah sesedap juadah yang disediakan emak lebih kurang 15 taun lepas, tapi saya tetap hadir. 15 tahun lepas, saya hadir kerana makanan dan seronok ramai tetamu, tapi kali ini saya hadir untuk mengisi kekosongan beberapa tahun kebelakangan.
Bezanya 15 tahun lepas dan sekarang, yang hadir untuk kuliah agama dulu dari golongan ibu2, dan kanak2. Kini yang hadir ialah siswa dan siswi, dulu, saya lebih fokus pada makanan dan orang yang ramai, kini saya sedar apa yang penting untuk fokus. Dulu tok guru ialah ayah saya sendiri, kini, tok guru merupakan ustaz jemputan. Saya harap, sepanjang hidup saya, saya diberi ruang untuk hadiri majlis ilmu begini, saya harap, esok2 anak2 saya akan sukakan majlis begini lebih lebih dari saya, saya harap tradisi ini dapat diteruskan walau di mana saja saya berada.
Ya muqallib al-quluub thabbit quluubana 'ala diinika wa 'ala tho'atik..
3 ulasan:
ye, saya pon rindu nk g dgr ceramah. huhuhu
Rindunya pada zaman tu. Zaman kanak-kanak dan remaja yang terindah dalam hidup.
Rasanya kelas tu malam Sabtu. Cuma masa kita dah dekat- dekat nak pindah, diadakan hampir setiap malam.
Semoga saat-saat itu boleh berulang...Insya Allah.
Lyle Hikari,
Balik sini sem depan insyaAllah masih ada peluang.
je suis institutrice,
Saat2 tu boleh berulang, mungkin pewaris dia dalam kalangan bakal cucu2nya nanti, kita pakat tambah ilmu, doa selalu, insyaAlllah..
Catat Ulasan