Nota kepala: Entri kali ini, sy ingin guna perkataan aku.
Hari ini pasti menjadi sejarah, Mungkinkah buku teks sejarah 50 tahun akan datang ada sub-topik bertajuk :
Perhimpunan Kuning : Cubaan menggulingkan kerajaan ( kalau kerajaan skrg masih berkuasa), atau, Perhimpunan Kuning: Titik Perubahan Pemerintahan Malaysia, macam2 boleh jadi. Agaknya adakah rakyat Malaysia 50 tahun akan datang masih akan ditipu dan diperbodohkan oleh penguasa zalim? Atau adakah rakyat malaysia ketika itu makin dungu, atau keadaan tidak banyak berubah dengan sekarang, ada yang plain bodoh, ada yang mengampu kerana kepentingan sendiri, ada golongan yang tidak kisah dgn apa pun yang berlaku.
Macam2 komen yang aku baca di fb tadi, macam2 cara rakyat malaysia mengulas mengenai demo terhalang yang berlaku hari ini. Ada komen dari org yang kurang tahu politik, ada komen yang kurang tahu menyusun ayat, ada komen macam pencinta kedamaian, ada komen guna ayat lemau ( em, xsedap, macam biskut lemau). Yah, macam2 komen. Tapi ada juga komen bijak drp orang2 yang banyak membaca, pemikir, pengkaji sejarah atau paling2 kurang pembaca sejarah sambil berfikir. Aku sedap mengomen je, tapi aku sendiri memang jahil politik. Paling tidak, siapa zalim, aku tau.
Aku jahil politik, tapi aku masih nak luahkan sedikit yang aku rasa ketika ini. Ramai orang yang selesa dengan keadaan diri sendiri sekarang malas mahu mengambil tahu tentang isu politik, selagi negara xda perang, selagi tu xpa. Tapi bagi aku, sikap ni x betul, memang senang bersikap begitu, tapi jadilah kita org yang x bertanggungjawab. Aku pun xsuka politik busuk cam sekarang, tapi aku suka bila ada pihak yang mau membersihkan politik, jadi telus. Cadangan, kalau mls sgt pun, ambil tahu sikit2 kisah sikit2, fikir2 jgk, pilih betul2 masa diberi pilihan. Orait?
Orang yang diinterbiu kat tibi pula, jgn komen sesedap rasa atau anda akan kelihatan macam orang bodoh ( agk bengang dengan komen2 para ignorant di tibi).
Aku pun risau bila keadaan negara yang bergelumang maksiat secara terbuka, malah makin lama makin disokong. Anak2 muda sekarang pulak dah dibodohkan dengan trend2 dari luar, contoh yang jelas ialah fesyen2 yang masuk dgn tag 'fesyen muslimah' tapi aku tgk gaya jahiliyah je. Ok2 aku x pernah tgk gaya jahiliyah sbb aku dlm sawi lg waktu tu, tapi dalam AlQuran ada jumpa la description pasal fesyen zaman tu. Penguasa lemah dalam menyelamatkan rakyat daripada terpesong, so aku xsuka tu. Kalo setakat lemah mungkin boleh dimaafkan, tapi diorang menyokong perkara2 yang merosakkan rakyat terutama generasi muda. Gang2..macam mana tu? Siapa nak dipimpin menuju neraka sila angkat tangan~
* dlm sawi = xtau kat mana2 lg, x hidup kt dunia lg, roh kat mana, jasad ntah kat mana..hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan