Acchooo! Habuk banyak dah kat sini, kenabersihkan, sapu2 sket.
Ada lebih kurang 6 bulan masa utk saya fikirkan masa depan. Apa nak buat lepas belajar. I have no idea what to do after student life ended ne.. Call me x berwawasan, tapi saya memang xda idea tu sekarang. Memang jeles tgk orang2 yang dah punya perancangan malah boleh meneruskan rancangan2 mereka. Ada nak sambung belajar, ada yang dah bekerja, ada yang memilih utk bercuti paaanjaang dulu. Semua tu ok je, sebab mereka memang ada perancangan dalam kepala, nak buat itu, ini. Oh, ada yang dah kawen, tahniah2 untuk itu, semoga berbahagia selalu.
Dalam beberapa hari ni baru saya tersedar sesuatu. Rupanya saya sangat sukakan art. Bagi saya art sangat luas dan medium yang paling berkesan untuk meluahkan buah fikiran. Saya sangat mengagumi org2 art. Pak Samad ( A. Samad Said) salah seorang orang seni yang saya pandang tinggi. Beliau sangat pandai. Orang2 yang berkarya menerusi cerita2 itu pun sangat kreatif, boleh buat orang terharu dgn cerita2 mereka. Saya x baca novel, yang tertentu je saya baca, novel cinta alaf 21 atau mana2 terbitan itu saya elakkan, berpantang utk kesihatan. Tapi bila menonton saya suka. Kalau karya2 dari sasterawan negara tersohor, saya yakin karya tersebut berkualiti, banyak yang saya x mampu baca.
Seni sekarang lebih ditonjolkan dalam bentuk hiburan. Siapa x suka hiburan, nama manusia memang nakkan hiburan, cuma kalau berpaksikan hiburan dan keseronokan semata, kita panggil hedonisme. Hedonisme bukan sesuatu yang baik. Saya tak patriotik dalam hal ni, maksud saya hiburan. Saya x suka tgk muslim jadi penghibur. Saya benci AF, saya mual dgn MENTOR, saya sedih tgk IDOLA KECIL. Semuanya merosakkan masyarakat. Malah dirosakkan dari akar lagi. Saya kurang tengok filem2 malaysia/melayu, x berminat. Dah kata kan saya x patriotik. Bila saya tgk drama luar yang tertentu, ada yang menyentuh perasaan. Saya suka cerita mcm tu. Bagi saya, cara penyampaian sangat gentle, dan org2 itu sgt besar hati. Cerita2 biasanya menunjukkan cara sebenar mereka kan? Saya rasa mereka orang2 yang gentle dan berhati besar.
Seni itu indah kalau digunakan dengan betul, seni x semestinya hiburan, cuba gunakan seni untuk mendidik, barulah martabat seni itu boleh diangkat dan x dianggap remeh. I wrote like i know it all again.
Saya suka seni, tapi saya lambat sedar, tau2 dah nak dapat degree dalam bidang sains. Betapa masyarakat sekeliling menyanjung sains hingga saya pun terikut sama. Walaupun ada rasa nak masuk bidang seni(language studies/ foreign language studies) tapi saya sangat takut sebab x pernah ada asas dan takut benda ni x seindah yang disangka. Perasaan takut ni memang menggusarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan