***
Sekitar tahun 1996/97
Lebih kurang masa aku darjah satu ke tadika gtu, tiba2 abang bawak balik kotak pensel comel. Kat depan ade gambar singa, pastu ade air n dalam air tu ade glitter2 yang kita goyang2 dia tersebar tu, masa tu pembaris yg macam tu glamer. Aku macam terpikat gila dgn kotak pensel tu . X sgka abang cakap, amikla. Aku macam, " biar btul mamat ni bagi aku benda comel nih, ingtkan nak tunjuk je, nak eksen je kat aku.." .Bayangkan,ms tu abg dlm darjah 4 atau 5 gitu. aku 5 tahun lagi muda. Boleh bayangkan x betapa gembiranya dapat kotak pensel comel tu?? SAANGATLAH weh. Aku memang ingat kisah tu sampai sekarang, harapnye sampai bila2 yg diizinkan Allah. Abg aku sweet gila walaupun masatu dia lah pembuli tegar aku.
Lebih kurang dalam tahun2 yg sama. Abang2 kakak dgn aku kecik lagi, tapi abang sulung dgn kakak macam dah masuk sekolah menengah. Tapi masa tu kitorang memang budak2 lagi la. Pakat pergi kedai pakcik malam tu. Semata2 nak beli belon gambar Doraemon yg besar bantal peluk tu. Nipis je belonnye, bukan getah, plastik je. Dengan belon tu, ade skali dia bagi topeng karakter2 doraemon jugak. Kitorang berempat kebetulan sorang dapat satu. Doraemon, Nobita, Shizuka, Suneo. Kalau x silap Giant xde, ke suneo yg xde ntah. Kebetulan jgk, aku ni sangatlaa bertuah, dapat la topeng doremon. Pastu diorang semua nk tukar dgn aku, pujuk2 la jgk, tapi aku dgn tegas ckp XNAK! hahaha.. best la masa tu. main belon pun same2, main game mario pun same2. Berebut? pastilah, xsah nye kalau x berebut, kan joystick tu ade 2 je. Tapi biasa aku ngan abang ats je yg berebut. Abg sulung dgn kakak xdela nk rebut sgt kan. Masa tu pulak, mak bagi kitorg main bila abg dgn kakak balik cuti je, sbb diorg dok asrama, jauh. Cuti pnjang baru balik rumah.
Dulu, kitorang selalu main badminton. Bila shuttlecock jatuh atas awning depan bilik solat rumah tu, mula la gelabah lompat2 jolok2 pakai raket. Bising je bunyi. Nak advance lagi, naik atas, masuk bilik, jolok dari atas kot tingkap pulak sbb bilik btul2 atas
bilik solat . Pastu main lagi. Laman rumah pulak penuh dgn batu, kalau jatuh memang siap la lutut betis semua. Meraung lah pulak kalau luka banyak. Kat depan ade pokok ketapang, pokok jambu, belakang ade pokok rambutan, pisang, belimbing. Bunga kantan pun jenuh, pandan dah jadi hutan pandan. Menang subur kot tanah kat situ. Bunga raya pun ade. Selalu petik pastu carikkan sampai tinggal yg kuning kat tgh tu je. Ntah knp buat gitu x tau, tp suke. ^^
Pastu, x lama pastu, aku ikut mak ayah balik kampung. Ayah pencen, dan parents decide untuk menetap kat kampung. Masa tu xdela sedih sgt, sbb budak lagi. Tapi lain gila hidup kat kampung dgn hidup kat rumah sebelum ni. Abg2 kakak masuk asrama, sbb kitorg dah pindah, so aku bole la jgk jumpa diorg 2 minggu sekali. Ayah dah x drive sebab katarak ke ape tah, mak yg selalu drive, ayah dok sebelah. 2 minggu sekali kerja amik abg2 kakak kat asrama bwk balik rumah hari khamis. Sabtu hantar balik masuk asrama. Aku ni, ms khamis tu girang la, bila sabtu sedih je sbb sorang2 lagi. Bila abg keluar asrama,pindah skolah baru, dia berulang dari rumah, baru aku ade kawan balik. haha.. kitorang gaduh gak kadang2.
***
Sekarang rumah yang kami pernah diam di Jalan Gangsa tu dah dijadikan surau sementara. Sementara masjid jamek berhampiran dibaik pulih. Paling2 pun, rumah tu terus dijadikan tempat menimba ilmu, beribadat. Semoga rumah 730 sentiasa menjadi tempat yang dipayung sayap2 malaikat.
Mintak maaf dgn ejaan2 yang tunggang langgang dan x lengkap tu. Entah kenapa intro entri ni dalam bahasa inggeris, tapi isi nya lebih ekspresif dalam bahasa melayu(rojak sebenarnye, maaf). Selamat malam. Esok puasa hari ke berapa? Rasanya hidung dah x tersumbat. Tido dulu..
2 ulasan:
Ala...rasa blues la pula baca catatan Zai. Teringat nostalgia dulu2.Patut dicatat yang rumah penuh kenangan tu sekarang dah diubahsuai jadi masjid sementara.Mesti rumah tu gembira sebab dapat merasai semula suasana keimanan dan keilmuan di dalamnya. Rindu dan syahdunyaaaa.
btul2..dah ditambah..insyaAllah
Catat Ulasan