click here :)

Khamis, 6 September 2012

JLPT Registration

Tau apa itu JLPT? Japanese Language Proficiency Test. Benda alah ni diadakan hampir dalam semua negara. Ujian kebolehan menguasai bahasa jepun yang diiktiraf sedunia. Ujian ni ada beberapa peringkat. Bermula dengan peringkat paling rendah, N5 hingga peringkat paling tinggi, N1. Dulu, ada 4 peringkat je dikenali dengan Level 4 - Level 1. Level 1 tu paling tinggi la. Kalau kau dapat sijil lulus level 1 tu, ko memang dikira ohsem dan superb dah la. Dari segi writing memang tip top dah tu. Sensei aku pernah cakap, kawan dia yang 4 tahun kat jepun pun x boleh nak lulus level 1. Sebab bahasa jepun susah, ade keigo bagai. Aku pun dah x reti nak bezakan mane polite form, mane form yang biasa2. Orang jepun ni dari segi bahasa diorang sangat berkira, maksud aku particular. Kalau cakap ngan kawan, lain, cakap ngan sensei, lain, ckp ngan senpai, lain. Tp kalau kau tgk gokusen, budak2 ckp ngan Yankumi cam ngan kawan je.. 'ore' 'ore' je yang keluar. Tiba-tiba terkeluar 'teme' pun ade gak. haha. Aku nak cakap kat sini, kalau tgk drama hari2 dari kecik sampai besar pun, nk fhm percakapan tu boleh, tapi penggunaan tu kene belajar, polite form sgt ptg. Nanti kalau ckp ngan org kt xknal guna bhsa ckp ngan kwn2 kt akn dianggap biadap.

Hampir lupa dah aku tujuan sebenar buat entri ni, bukan semata-mata nak bagitau pengetahuan umum ttg JLPT. Sebenarnya semalam aku dah berjaya daftar untuk duduki test ni. Gelabah jugak la sebab tarikh tutup dah dekat, pastu bayaran secara bank draft x diterima dlm masa 3 hari sebelum tarikh tutup. Test tu bulan 12 nanti. Haritu plan nak amik yang bulan 7, tapi ada kekangan yang menghalang. Ajak Afri amik skali, dia nak,tapi dia ckp 'okane ga nai', xdak duit maksudnye, terpaksalah aku pandai2 buat sendiri. Xdpt la nak tggu afri. Buku2 aku dah beli bulan 4 haritu lagi. Guna baucar 1Malaysia yang regernye RM200. 2 kali ulang panjat Kinokuniya sebab kad matrik ilang dan diorang nak jgk bukti yang aku ni student unimars tu. Ye akhirnya mmg berjaya jgk la beli. Beli 3 biji je buku, harga lbh RM200. Lebih sikit je. Kalau nak guna duit sendiri beli buku2 tu, memang pikiaq 5,6x.. Aku daftar untuk level paling rendah, N5. Ada 100 kanji yang nak kena ingat. Harap2 boleh. InsyaAllah





Tiada ulasan: