click here :)

Isnin, 11 Februari 2013

Note #22

Dengan nama Allah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Alhamdulillah pendrive chibi maruko dah jumpa. Dalam bakul baju. Tah kenapa boleh ada kat situ tak tau. Gembira. 




Rubik/Puzzle Cube


Puzzle cube yang kita bole pusing2 kan dengan tujuan nak samakan warna setiap sisi tu biasa digelar rubik, walaupun berjutaa produk tu boleh didapati dari China. Produk China murah, kualiti ok je. Kalau harapkan cap rubik, memang ibarat keje 2hari, gaji tu untuk beli rubik je. Aku kini selaku pekerja part time merangkap NEET memang xmampu la. Puzzle 3x3x3 dah reti selesaikan, kiranya nak celen yang baru la pulak, 4x4x4, malangnya belum sempat habis berguru dengan Rob, dah hancur puzzle tu. Xberkualiti rupanya. Dah mengadu kat mira dah, dia sensei puzzle aku, harap2 dapat jumpa mira cepat mintak dia pasangkan balik..





***

Rindu


Kawan kelas masa kat yu dulu dah nak kawen. Wahh, tumpang gembira, tahniah. Dia bukan orang pertama dari budak2 kelas aku dulu yang nak kawen, dah ade dah kawen dah pun, tapi terasa kot bila dia umumkan dia dah bertunang. Sebab dia ni aku anggap kawan kot, bukan sekadar budak kelas. Ape pun, semoga berbahagia hingga ke syurga dengan pilihan hati, insyaAllah. 

Rindu bumi kenyalang, rindu tempat menimba ilmu. Rasa nak nangis, ada skali aku rasa nak nangis dekat bilik k4d yang aku diam masa belajar dulu. Memang nostalgia, rasanya kalau aku jenis yang banyak duit dah pergi kot lawat adik2 kat sana, cikgu2 kat sana, kucing2 pun.. Rindu semua tentang uni, rindu sarawak. Entah bila lagi dapat jejak tanah sarawak, entah bila lagi dapat menatap langit cantik sarawak. Tu lah kalau aku dapat kerja kat Kuching tu macam best jgk la, at least tempat yang aku suka.^^ 

Allah, temukanlah aku dengan kuching/sarawak lagi, berkali-kali lagi harapnya.









Tiada ulasan: