click here :)

Khamis, 23 Januari 2014

Note #42 : Bangsa Prihatin

Dengan nama Allah Ar-Rahman Ar-Rahim

Harini, saya dalam perjalanan nak balik rumah mak. Saya pun ambik la bas Jetbus dari TBS ke LCCT. Cerita dia sikit je. Pasal kelakuan orang2 islam kat surau pelepasan domestik LCCT ni la.

Saya masuk je surau, ramai orang. Selalunya masa saya guna surau kat sini, jarang seramai ni orang. Keadaan sedikit kurang selesa berbanding sebelum ni sebab dalam surau guna kipas saja, xda pendingin hawa. Saya ke tempat mengambil wuduk, kemudian perasan ada satu paip yg x ditutup, saya terus ke paip tersebut dgn sangkaan yg paip tersebut rosak, dan paling kurang saya boleh gunakan air tersebut, lebih baik dari dibiar terus mengalir tanpa diguna. Saya cuba pusing kepala paip tersebut kalau2 sebenarnya bole tutup. Sedikit terkejut, sebenarnya xrosak pun paip tu.

Kemudian saya ke ruang solat. Di tepi2 dinding semuanya penuh dgn org yang sedang duduk2. Mungkin kerana penerbangan mereka masih lambat. Jadi mereka mengambil keputusan untuk menunggu di surau, levih selesa barangkali.

Saya mengambil keputusan untuk solat di belakang antara 2 orang muslimah. Masih ada kekosongan di bahagian hadapan, tapi beg2 saya berat untuk diangkut, ditambah dgn laluan yg terhalang, saya mengambil keputusan membentang sejadah di tempat yg disebut tadi.

Usai solat, saya melipat telekung dan bangun untuk dikembalikan ke rak. Tiba2 ada seorang muslimah bukan orang tempatan yg berjubah dan berniqab hitam sedang menghampar sejadah betul2 di hadapan rak telekung. Sy cepat2 lalu depan dia utk mengembalikam telekung di rak. Dia angkat balik sejadah dan bentang beberapa tapak dari tempat sebelumnya.

Ceritanya kat sini, sikap orang islam ni kurang prihatin. Saya cuba ulas sedikit. Tak tutup paip air dengan betul, sedangkam air tu keperluan asas. Pembaziran atau mensia-siakan pembaziran asas itu perbuatan yg tak patut, teruk.

Kedua, halang laluan orang untuk solat, dgn lepak atau solat di bahagian belakang. Kalau awak sorang je yg buat macam tu xpe, tapi kebanyakam pengguna surau2 awam memang cenderung untuk buat mcm ni, penuhkan bahagian belakang sampai penuh, orang2 yg masuk kemudian terpaksa menunggu walaupun bahagian depan masih kosong. Tang mana yg payah sangat nk menapak ke depan xtau.

Ketiga, halang laluan orang untuk ke rak telekung/sejadah dengan letak beg, lepak atau solat depan tu. Saya menyirap juga bila tgk org2 buat benda ni. Menyirap pun, jarang saya menegur depan2, penakut sebenarnya. Selagi boleh, jgnlah buat suatu yg menganggu orang awam. Lagi2 kat surau/masjid,  rumah Allah.

Mari kita pakat2 cermin diri, tengok balik apa yg kita dah buat, supaya apa yg kita akan buat tu berpandu. Mungkin perkara kecil, tapi bermanfaat. Masa ni lah nak prektis pelajaran akhlak yg kita belajar masa sekolah2,dulu. Kat mana2 je kita kena berakhlak. Jom jadi muslim/ah yg prihatin.

Tiada ulasan: