click here :)

Isnin, 20 April 2015

Note #71: Muzium Ghibli (Ghibli Museum) - Macam Mana Nak beli Tiket Muzium Ghibli dari Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..

I was searching high and low for the ticket.

Untuk korang yang malas baca bebelan aku, leh scroll straight ke bahagian bawah "Cara (aku) Beli Tiket Muzium Ghibli" ni.. bahagian warna purple paling penting.


Err, okeh ayat bi tu saje nak lepas apa yg dok lekat kat kepala aku dari beberapa hari lepas. Kali ni aku nak tulis dalam bm, sebab entri ni khas untuk orang Malaysia, jadi aku bajet, orang Malaysia mesti pandai baca bahasa melayu kan, kalu nyampah nak guna bahasa melayu pun mesti boleh faham kan..Pastu aku pun bukan tengah nak menarik org ke blog aku pun skrg hehe.. 

Pasal Muzium Ghibli ni, kalau sesiapa yang xtahu, mungkin xberminat pun nak baca entri ni, sesiapa yang tahu, meh sini aku cerita sikit macam mana kisah dia aku dapat tiket.

Sejak baca pasal muzium ni, sejak tu la berangan nak pergi. Jadi, akhir tahun lepas, aku beli tiket nak gi Jepun (untuk Mei nanti ye, belum pg lagi), so aku dok usha kawan aku, nak mintak adik dia belikan tiket ni, aku baca kat website dia, dia start jual 3 bulan sebelum tarikh masuk, maksudnya, kalau ko pergi bulan 5, bulan dua tu dah boleh usha beli tiket. Itu yang aku dok usha kawan aku tu beberapa kali, tapi xberhasil, aku hampa. Maka aku mula mencari alternatif. Oh lupa nak cakap, dari Malaysia ni, hampir mustahil korang nak beli tiket ni, sebab, Ghibli ni ade wakilkan travel agensi JTB untuk jual, masalah dia, JTB Malaysia x jual. yang jual nye JTB Ozi, US, Hong Kong, dan ade la bbrp lagi yang jauh dari Malaysia. 

Aku usha juga kalau2 JTB yg negara aku sebut tadi jual online, skali lagi hampa. HAMPA! Pastu tup tap tup tap aku mencari, dapat idea untuk beli dari Ozi, sebab apa tau, sebab Chira baru je pergi sambung belajar kat Perth, so ak wasap Chira, tanya dia dulu, dia sudi x nak belikan untuk aku, dia pun dengan sgt cepat, efektif, bertindak, menyampaikan khabar x gembira pada aku dengan lebih cepat dari yg sepatutnya kata dia, "Ko pergi bila? Sebab aku tgk dia kata dah sold out", n "xleh, fully booked.". Errrr... kawan aku ni memang baik, aku cakap terus dia carikan dan konfem full pula tu, masa tu dah tengah Mac. Kali ketiga aku HAMPA!!

Pastu aku usha lagi cawangan JTB yang jual tiket tu, US bradah, aku usha US, pasal ade sorang adik sador study sana sekarang. Adik tu pula kebetulan anak prof aku. haha ok x penting. Aku tengok kat website JTB US, kalau munasabah harga dia, aku nak buat muka tembok mintak adik sado belikan.  Harga tertera lebih kurang 45 USD, jadi aku menghembus napas yang terasa berat sebab otak aku berkira2 dan berkata, Kuro, cuba ko kali 45 tu dengan 3.5, dah lebih RM 150 ko kene spend untuk tiket saje(harga sebenar tiket dalam RM30 je), x masuk lagi kos untuk adik sado pos ke Malaysia, maka aku pon pasrah, dengan perasaan HAMPA kali ke-4.

Sempat juga menjenguk govoyagin dengan perasaan yang tidak mengharap apa2, BANG! lebih kurang RM200 untuk satu tiket. Pejam mata pon x rela nak lepas duit cemtu je.

Masa tu dah givap sebenarnya, tp givap kejap je, sebab Encik Otak bawa idea baru. Nama L menyapa  otak aku yang sedang kecewa. Bukan L sweet tooth dlm Death Note, bukan. L ni seller aku, aku selalu deal dengan dia beli cd atau goodies JUMP. Dia selalu pegi jepun. Aku wasap dia, tanya, dia kata kawan dia tgh kat  jepun sekarang, masa tu akhir Mac (kawan dia nak balik Malaysia 9 April tu), boleh la try beli kat LAWSON (convinience store), upah kat dia dalam rm20 + pos RM8, ok lah kata dia. So aku pon ok, tunggu dua hari, dia update cakap kawan dia dah tgkkan, tapi x available lagi untuk bulan yang aku nak, kemudian dia kata nak try lagi next week nye tu. Aku tunggu je la. Pastu aku tanya lagi, dia cakap kawan dia belum tengok lagi. Aku pon jadi tidak sabar. 


Cara (aku) Beli Tiket Muzium Ghibli:

Melayan perasaan x sabar aku, aku pon kontek stranger ni (bagi nama kat dia An) tanya kalau dia boleh buat servis belikan tiket Ghibli ni. Dia reply boleh, walhal belum jelas jantan betina Ghibli Museum itu. Aku jelaskan kat dia sket, n dia cakap boleh, aku tanya dia cemana dia cas, berapa pos, aku pon terus cancel dengan L, sebab An ni lagi laju. Maka An pon keluar petang tu jugak lepas aku transfer duit kat  dia, 1000yen x2 untuk tiket + 1000yen upah + 400yen postage. Kira2 dlm MYR lebih kurang dalam RM106 gitu, untuk 2 tiket termsuk pos, upah semua dah. Tapi part upah tu dia cas ikut brp tiket ko bli, so mybe x sama hrga dgn aku punya, kena tanya dia lah tu. Dia update trus lepas cekkan tiket kat LAWSON tu, kata diia, tiket untuk admission bulan depan, akan start jual pada 10 hb bulan ni, aku nak masuk bulan Mei, jadi boleh beli pada 10 April. Rupa2nya macam tu, aku dok baca yg 3 bulan sebelum tu, untuk pembelian dr luar Jepun je rupanya. An cakap, "Kalo akak ok, 10hb nanti saya terus pergi beli dan terus pos kat akak". Aku setuju, dan aku wasap dia 10hb haritu, "An cane dengan tiket?" kata dia, "Tengah beli ni kak..". Seperti yang dijanjikan dia belikan dan poskan time tu juga. Katanya dalam 8-10 hari boleh sampai, pos airmail. Lebih kurang 9 hari bekerja je dah sampai kat rumah aku (btw, aku kat Negeri Sembilan), sangat gembira ok, lepas siri kehampaan yang berturutan tu. Alhamdulillah.

Oh Kalau korang nak minta An ni belikan boleh je, pergi igshop (instagram) dia, nama ig dia nikonikohanastore. Dia x private rasanya,amek no fon dia kat situ.  dan kat situ pon dia dah iklankan juga servis baru tu. Boleh la cuba ya untuk sesiapa yang berminat. An ni student post-grad kat sana sekarang, agak2 dia x abes belajar lagi boleh la dia belikan. Kalau korang yg nk bli ni nak suh An hantar ke hotel kat jepun pun ok juga, lg jimat. 


Nih rupa tiket  yg dibeli dari LAWSON, tp nanti sampai kat muzium, kene tukar dulu sblm masuk, kira mcm yg bli kat LAWSON ni pass la, tiketnya kemudian. 

Sekarang aku baru part planning itenerary untuk trip gi jepung, dok baca blog2 travel yang cerita pasal jepun, banyk juga aku ceduk buat bekal. Semoga cita2 nak ke sana, dan ke muzium ghibli tercapai, kalo sudi doakanla aku sampai dengann sihat dan lancar urusan. Terima kasih ya.

ps: baru tau, ade je servis beli tiket ghibli dan doraemon museum dibuat oleh www.bridge.jpn.com . Aku dok mencari2 xde pula dia muncul. fuh apepon pasrah, sb aku dpt pegang tiket lebih awal dan lebih murah.

Tiada ulasan: