click here :)

Rabu, 13 Mei 2015

Note #73: Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-2 (Nara-Kyoto-Osaka)

Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-2 (Nara-Kyoto-Osaka)


2 Mei 2015

Bismillah..

Waktu sampai hostel semalam xla lewat pun, tapi tido lewat juga sebab konon mencari maklumat sambil kemas beg. Pagi subuh kul 330, lepas subuh tidur kembali. Buka mata semula jadi cuak sebab matahari dah memancar macam kul 10 pagi kat Malaysia. Apalagi, capai hengpong tengok jam, lahh baru kul 6 lebih. Sebab tu la kita panggil Jepun ni negara matahari terbit. Awal2 dah cerah. Dah siap2 tu, kami turun sarapan, cedok nasi, makan dengan rendang ayam adabi, dan minum kopi. Sambil borak2 dengan tenant omputeh dan isterinya. Dia bercerita pasal Fuji dan Kyoto dah dia dah lawat. Aku leka gak dengar, sedar2 dah pukul 8. Cet, patut gerak awal, sebab plan harini nak ke Nara.


45 minit naik tren dari Kyoto St. Dalam 830 baru kami keluar rumah. Cari platform, kejar naik tren, nasib x kena tinggal. Dalam tren ramai orang tua nampaknya. Tren ni express, ada stesen yang dia x berenti. Pemandangan sejurus selepas tinggalkan Kyoto St. tu cuma kawasan rumah2 dan jalan2. Jauh sikit baru ade hijau. Aku perasan ada satu stesen nama Yamashiro Aodani, dah macam given name dgn surname dah bunyinya. Stesen tu kat sawah, ade nampak bukit2, rumah2 sikit. Lapang je situ. Dalam hati aku kata, patutla namanya aodani. Aku syak aodani tu maksudnya sawah hijau. Sebab kanji untuk ‘dani’ maksudnya sawah, kanji yang macam tingkap tu. Ao lak biru. Bermula dari situ, pemandangan diluar ialah nature. Tapi kat dalam tren pulak, ade makcik tengah sarapan onigiri sambil borak2 dengan rakan sebaya, ada family, ada obasan tengah gosok gigi. GOSOK GIGI bhai, dalam tren! Hahaha, first time aku saksikan orang gosok gigi dalam tren dekat tempat duduk, xdo sinki ke hapo.



Pemandangan sepanjang perjalanan ke Nara

Nara

Rasanya aku x tido kot sepanjang perjalanan, sebab asyik tengok luar. Sampai kat Nara, kat bawah stesen tu ada video menyambut pelancong2, ada la rusa tengah cakap2. Destinasi di Nara ni Cuma Nara Park. Tujuan aku Cuma nak tengok rusa Nara. Cerita Shika Otoko aku tengok dulu2 masih memberi kesan dan motivasi aku untuk menyapa rusa2 kat sini. Stesen JR Nara dengan Nara Park jauh juga. Aku mengambil keputusan untuk mengutip info di tourist information dulu. Ape2 hal pong, tempat utama untuk dituju ialah tourist information center. Kat sana jumpa happy ojisan, dia explain pasal layout Nara ni, kejap2 dia gelak, apa yang kelakar pun aku x pasti, meh gelak sama..haha. Aku ambik map, tanya berapa jauh nak jalan, jalan mana nak lalu, apa option selain jalan, nak tengok apa. Sebab aku xfikir sgt benda lain sibuk nak kejar rusa katakan. Dia explain satu2, tapi banyak aku xpaham, dan aku syak dia pon x paham soalan aku. Padahal kami bercakap bahasa inggeris tu. Huh.



Dah rasa puas hati dengan map bagai, aku start jalan, bak kata happy ojisan, dalam 15 minit, aku x pasti aku ambil masa berapa lama. Sebab gaijin khatulistiwa macam aku x setanding jepung2, diorang kaki panjang dan kekerapan melangkah bagaikan ribut! Aku windy je. Tapi ok lah, sampai lah dekat Park tu, first sight rusa dah excited, Oh shika2(rusa)  sekalian, jumpa juga kita.. tapi bauuuu... banyak najis mereka di sekitar, kebanyakan rusa ni buat muka sememeh je, xlayan orang sangat kecuali ko pegang makanan. Tapi map aku pon dia nak kunyah, sama kes dengan Aimi..Kehkeh. Aku ambik gambar, jalan sket, beli shika senbei, atau biskut rusa berharga 150 yen seikat, seronok juga la suap rusa makan, tapi takut pun ada, sebab diorang macam nak sondol2 je.

Ni laluan ke Nara Park dari stesen JR Nara.


Sepanjang laluan juga.


 Peduliklah orang ni, bawa kamera je, makanan tarakk..



 Shika senbei / sekut rusa

Nahhh, makan ni, padan muka shika tadi sombong sebab hakak x bawa makanan kan..


Tudiaa, Peringatan kalau handle rusa di Nara.


 Aku jalan2 lagi jumpa shrine, dan sampai kat satu tempat ni, ada tourist information lagi, aku singgah tanya, kat mana sebenarnya temple yang ada buddha besar gilos tu? Dia cakap jalan sikit je lagi ni ha, sambil sua map lagi, aku pong berkata dalam bahasa sopan,  bereh boh, aku dah ade peta, so xmo ambik, simpan ar balik. Kami lepak situ jap, sebab hengpong aku tiba2 dapat connect dengan tenet jepung buat kali pertama. Update family la kije di situ. Kami ambil keputusan xmo pergi temple, nak balik Kyoto dah. Tapi kali ni malas nak jalan sebab kaki masing2 dah sakit. Maka kami masuk balik ke tempat info tadi tanya nak ke stesen naik bas cane? Dah tau tu, kami pon keluar dan naik bas kuning no-1untuk  ke stesen JR Nara. Kat sini first time naik bas jepung. Tiap kali berenti lampu merah, dia tutup enjin. Sugoi! Malaysia banyak minyak, tu yang xpenah fikir nak berjimat tu..Katanyaa..
Sampai kat stesen, dah masuk zohor, kami solat kat stesen, kat platform masa menunggu tu, sebab tren lambat lagi. Entahla apa kata jepung2 tengok kami solat di tempat awam dan terbuka. Masa dok tunggu tren, ternampak sorang driver tren ni, dia bawa beg bimbit kotak tunggu kat platform, xlama lepas tu, tiba lah tren yang dia tunggu, dia tabik hormat, driver kat dalam membalas, kemudian keluar, dia pon masuk. Ohh tukar shift rupanya. Muda lagi driver yang baru masuk tu, yang keluar tadi macam senior dia dah. Kemas je pakaian, even cara bertukar shift pun kemas. Haih jepung. Xlama pastu tren aku pun sampai. Naik tren, mata x tertahan, kali ni aku tidur sampai dah dekat2 dengan Kyoto baru jaga.


Ade pakcik offer amekkan gambar, hehe senget, ada je satu lagi yang x senget dia ambik. 
Saje tunjuk yang ni. haha


Banyak Pinecone di sini! Suka suka suka!


Kyoto

Di Kyoto, aku tanya orang mana nak naik tren ke Arashiyama. Kami cari lah, dan naik la tren yang x express. Dia berenti kat smua stesen. Aku turun di stesen Arashiyama iaitu tempat untuk naik Sagano Scenic train, dan juga tempat bamboo groove yang sangat signifikan di Arashiyama Kyoto. Terus aku beratur beli tiket Scenic train tu, baru dekat2 pukul 2 masa aku beratur, tiket dah sold out untuk pukul 2 lebih, dan untuk jam 3 lebih tu ada yang standing je. Aku malas nak tunggu sampai slot jam 4 semata2 untuk dapat seat, maka aku beli je yang standing. Tren ni boleh naik sehala atau 2 hala. Aku beli yang sehala je, sebab aku fikir, rugi pula lalu tempat yang sama 2 kali, 25 minit kali 2, dah 50 minit habis. Lagipun di Kameoka, destinasi tren ni, ada JR station dalam walking distance, boleh la jalan ke situ dan ke destinasi seterusnya. Jimat pun jimat.


Pintu masuk ke kaunter tiket Sagano Scenic Train. 
Turun tangga JR Arashiyama, terus boleh nampak bangunan ni belah kanan

Kaunter tiket



Ada sejam lebih sket ni, aku cepat2 cari mana bamboo groove. Kena menapak jauh juga. Odw tu, kami nampak iklan basikal untuk disewa, singgah jap kat tempat tu, rupa2nya, ada untuk sehari camtu je, jam2 tarak. Terpaksa terus berjalan. Akhirnya sampai la tempat tu. Jalan punya jalan, akhirnya sampai la dekat kawasan buluh2, tapi orang ramaiii. Nak bergambar pun banyak interframe, tapi ambik je la sebab dah sampai. Tapi tah kenapa x nampak macam dalam gambar orang2 lain yang aku tengok kat tenet. Sebelum ni aku nampak lawa sangat tempatnya, tapi masa aku pergi tu, biasa je, sebab x jalan jauh kot. Kami kejar masa nak naik tren tadi tu. Kat bamboo groove pon ada shrine kecil. Xtau apa khasiat diorang sembahyang kat situ. Ramai beratur nak goyang loceng sambil tepuk2 tangan tunduk. Xlama kat situ, kami ambik gambar sekeping dua, cepat2 patah balik. Sampai dekat entrance bamboo groove tu, ada banyak kedai jual souvinier dan makanan. Ada la beberapa orang makan timun cucuk. Aku pandang kawan aku, dia pandang aku, kami kerut2 muka sambil geleng kepala. Sedap sangat ke timun cucuk? Nampak syok ja diorg makan macam makan snek cucuk2. Haha. Kami dash balik ke tempat Scenic Train tadi.

Bamboo Groove Arashiyama

Menunggu tren Sagano di platform


Tren dah sampai! warna merah. Kasi orang dapat seat naik dulu.



Sampai sana sempat teguk air mineral vending machine, beli poskad 2 keping, dan rehat2 kat foodcourt. Nampak budak sekolah dengan cikgu diorang, cikgu belikan aiskrim sorang satu, sedapnya dik oii, akak nak jugaa. Kami beratur naik scenic train. Berdiri, orang penuhh.. sepanjang perjalanan nampak pemandangan lawa, lalu kawasan bukit, ada sungai hijau jernih kat bawah, beberapa kali berselisih dengan bot, kira selisih la walau bot di bawah, kami atas. Katanya, the best season untuk naik Sagano Scenic Train ni, waktu fall, sebab pokok2 kat situ berwarna merah kuning oren, masa aku tu, Cuma hijau dan ada sikit2 merah. 

25 minit juga perjalanan tren ni. Ada la narrator yang bercerita pasal tempat ni, jepung, aku xfaham. Tiba2 ada yokai(monster/hantu) bercakap. Xlama lepas tu ada yokai masuk tren dari satu koc ke koc.. kebetulan, koc aku tu ada budak tengah sakan menangis,xmau diam dia walaupun mak ayah dah pujuk. Yokai tu lalu kat dia bawa topeng anpanman sorok topeng hodoh bertanduk. Prihatin betul Jepung ni. Awal2 dah siap bawa topeng anpanman. Yela, budak2 ramai yang takut tengok topeng hodoh. Tapi ada budak ni rilek je walaupun yokai tu cuba takutkan dia. Cool!

Lawa.


Lawa lawa

Lawa lawa lawa

LAWA! Subhanallah!


Kat stesen ni la mula ada narrator yokai tu

Yokai tengah cover muka dengan topeng Anpanman


Sampai kat destinasi, kami turun di stesen Kameoka. Pastu jalan sikit ke stesen JR Umahori yang berdekatan. Dari situ, kami nak patah balik ke arah Kyoto, boleh pula salah platform dan naik tren arah bertentangan. Dah sedar silap tu kami turun la stesen depan, tunggu tren yang benar. Sekarang aku nak pergi Kinkakuji, kawan aku dapat online kejap, rasanya nama stesen yang kamu kene turun tu Enmachi. Naik tren menuju Enmachi, sempat ngap roti dan coklat untuk isi perut. Nasib baik beli roti gardenia sebelum bertolak. 

Berjalan dari stesen Kameoka Sagano Scenic Train, ke stesen Umahori JR


Sampai Enmachi skali lagi blur nak terjah arah mana nak ke Kinkakuji. Macam biasa, tanya pegawai stesen. Dia kuarkan note dari poket, tunjuk arah, bagi nombor bas, dan kami pon paham. Pergi la tunggu bas, 204,205 dan 206. Xlama tunggu bas sampai, ada la beberapa stop sebelum sampai Kinkakuji. Bas2 dan tren2 ni ada je announcement dalam english, terutama kalau dah lalu tourist spot, memang dia akan stress mana nak turun kalau nak pegi tempat2 tertentu tu. Tempat bas drop dengan pintu masuk Kinkakuji xjauh, kena jalan naik bukit sikit. Xrisau sesat kat situ, sebab ramai tourist, follow the crowd je, signboard pon jelas. Sepanjang jalan ada la beberapa kedai souviner. Kami dash ke pintu Kinkakuji dulu, sebab masa tu dah petang dah nak tutup dah. Nasib baik sempat masuk, tiket 400 yen.




Kami bergambar puas2 depan tasik yang view Kinkakuji paling jelas. Opcos ramai orang, interframe, tu perkara biasa, xkisahla, asal masuk kami dengan background temple tu sudeh. Kat tempat ramai tourist ni, jgn buat perangai nak tunggu line clear sampai 30 minit nak gambar 1 angle, menyusahkan orang hado, org pon nak amek gambo jgk. Kat sini pon ada ojisan offer amek gambar, dan kami balas dengan offer amekkan gambar dia dan anaknya.  Mula2 ingatkan tempat ni itu je, rupa2nya ada la laluan dia, ade taman2 naik tangga, lawa juga tempat ni. Sepanjang jalan penuh dengan tourist, memang xda can nak bergambar syok sendiri. Aku pon dah discourage nak snap apa2. Kedai2 kat dalam dah tutup, kami pun laju2 juga la ke arah exit. Xda apa sangat dah nak tengok.

Tah siapa2 je masuk bergambar dengan aku tu. kehkeh Boleh nampak Kinkakuji kat belakang.



Keluar tu, aku cuba nak ke Kiyomizudera, dan Gion, tapi masalahnya xtau nak pergi macam mana. Tourist info xkelihatan, pastu Kiyomizudera pon konfem dah tutup kalau kami sampai pun, sebab hari dah nak gelap. Kami berkira2 nak pergi Gion je, tapi sampai ke sudah x dapat cari jalan sebab internet xdapat. Dah macam tu gaya, kami decide untuk menjengah Osaka di waktu malam. Sebab mengikut bacaan aku di blog saudari hafeezafauzi, Osaka ade Don Quijote(Donki) yang beroperasi 24 hours bha, jom tengok boleh shopping apa. Sambil2 tu cari Glico Man skalik. Kami tunggu bas yang pergi terus ke Kyoto St. Lama juga ambil masa, bukan sebab jem, tapi memang jauh la kot, dan dia berenti dekat semua stop. Kadang yang xda orang pon dia berenti sekejap kot2 ada yang nak turun. Dalam bas kami x dapat seat, aku baru nak duduk dekat seat orang tua, tiba2 ada makcik naik, so aku bangun semula, makcik tu siap cakap arigato, nak turun tu skali lagi arigato. Kawan aku pon ade bg orang tua duduk, mcm tu gak gaya dia, skali ckp masa kt bagi, skali cakap ms dia nak turun. Aku perati orang2 tua kat sini memang macam tu gaya dia. Bangsa beradab kan, lagi2 generasi dulu2. Lenguh kaki menunngu bas sampai Kyoto St. Akhirnya dapat juga seat kat belakang. Ramai orang naik bas route tu haritu.

Sampai kat Kyoto St.,bila bas berhenti je, ada sorang attendant yang panggil kalau2 ada orang tua nak turun, boleh keluar ikut pintu belakang, sesiapa yg xda keuzuran tolong keluar ikut pintu depan cam biasa, tadi skali dah ada dah diorang buat gini time sampai stop Kinkakuji, Cuma aku belum paham apa yang berlaku. Perfect la diorang punya sistem. Keluar dari bas, aku tergezut jap tengok side ni. Bas berhenti dekat side yang aku x pernah tengok. Sejak sampai dengan shinkansen, dan turun naik tren pergi Nara, side yang aku tengok furui(lama) je. Yang ni moden. Nampak besar dan penuh warna metalic. Aku musykil, ni ke Kyoto St. yang aku guna sejak semalam?  

Side metallic Kyoto St.



Kami masuk ke bangunan, sibuk sangat nampaknya, kali pertama nak naik local tren. Nak ke Osaka jauh juga, local train banyak stop, ditambah dengan aku masih blur nak bezakan mana local mana express, aku naik je yang ada masa tu, iaitu yang local. Kalau ada shinkansen, nak je aku naik, tapi shinkansen xda berenti dekat Osaka, Cuma Shin-Osaka stesen dia. Naik local train ni ambil masa lebih kurang sejam. Kami sampai Osaka St. Dalam jam 1900 gitu la, mata dah penat gila, badan pun sama, kaki pun. Kami tuju jadual dulu, pastu tanya dekat infomation desk mana satu yang express. Ada 3 jenis, local, express, super express. Opcos aku memilih super express. Dah dapat kenal pasti tren yang ditarget untuk balik ke Kyoto malam tu, aku dan kawan teru berkejar ke subway. Macam serabut sikit kat sini, kami nak cari tempat subway pon bermasalah sikit, nak beli tiket pun xreti. Xla beza sangat dengan subway di Kyoto sebenarnya, mungkin sebab dah penat dan xmampu nak fikir lagi dah. Last2 kami givap, tekan butang ‘call attendant’ untuk bantuan. Aku pandang2 belakang ,siapa la yang akan datang tolong. Tetiba ‘HAI!” ada orang buka tingkap sebelah mesin tiket tadi, terkejut mak!, xsangka belakang tu ada manusia tengah kerja, dan bersedia bila2 je nak tolong orang.Kahkah.. dia jenguk dan tolong aku beli tiket. Canggih Jepung, on the dot buat keja.


Naik subway turun di stesen yang paling dekat dengan Dotombori, tapi x senang juga nak cari, jalan pun agak jauh sebenarnya, tapi boleh jalan. Bawak tanah, naik tangga, naik excalator, baru jumpa ground. Lepas tu kitorang nampak sign Dotombori, mula2 ok lagi, lama2 ramai gila orang, crowded, aku rasa muak berjalan nak terlanggar orang ni, glico man yang dicari x muncul2, sampai musykil, Dotombori ada berapa kat Osaka ni. Last2 kami givap lagi, nak patah balik, aku nak lalu jalan sebelah satu lagi, sebab yang dah lalu sangat sesak. Kawan aku ok je, so kami ke situ, tiba2, nampak lah Donki,besar2 kat tepi sungai. Aku excited, tapi hilang bila tengok betapa sesak dalam tu. Kami naik lif ke tingkat paling atas, pastu turun satu2. Ade beg Pradah lah! Used LV punya pon ada. Aku usha jam casio baby-g yang comel2, sebab dah lama berkena, harga lebih kurang sini, atau mungkin sikiit murah. Tah ler. Tapi memang aku masih belum mood membeli, dan jam xda langsung dalam perkiraan. Aku amek gambar je. Turun lagi, jumpa sandal comel Helo Kitty, comelll.. tapi xda warna yang aku nak. Aku pass lagi, tapi kawan aku beli sepasang. Lepas tu jumpa jumper hello kitty comel, harga dia ade la rm100 jgk, aku pass, kawan aku beli. Aku turun bawah dulu sebab dia tengah memilih, aku usha mekap,satu floor tu mekap + skincare + sabun2 je, tapi sebab mood membeli aku xda, aku lalu je tengok2. PassTurun bawah sekali, berharap nak beli air, xjumpa.. aku keluar tanpa beli apa2 dengan hampa. 

First sight Dotombori




Tunggu kawan aku. Masa tu aku dah penat+stres(sebab ramai orang) dan aku jadi moody, aku nak balik Kyoto! Xsuka Dotombori! Lepas kawan aku siap terus kami pecut ke subway station balik. Xbercakap pun. Odw tu, barulah ternampak Glico Man yang diburu.. kehkeh.. Sampai subway, terus ke osaka St, singgah farmasi japp sebab kawan aku nak beli koyok hilangkan lenguh kaki. Kami try cari, xjumpa, aku cuba la tanya cashier, tapi x tau nak cakap apa. Last2 aku bitau, “ashi ga itai..” lol. Pastu dia macam paham apa aku nak, dia tunjukkan tempat nak cari, mula2 dia bagi ubat macam yoko2 tu, pastu aku cakap nak plaster, dia tunjuk, ok lah, kawan aku dapat salon pas. Mahal jgk, tapi berbaloi lah kot sebab banyak.

Glico man. Benda ni kat tepi sungai.




Kami sampai Osaka St awal jgk dari masa super express tren bergerak. So duduk2 lah dulu rehat. Masuk tren nasib baik dapat seat. Aku duduk seat yang 4 berhadapan tu. Depan aku ade 2 orang mamat jepung tengah tido, sorang statik, sorang senget2 sondol bahu kawan dia, yang senget2 tu iphone nak terkeluar dari kocek dada, yang sebelah aku pula, perempuan, beg terbuka, iphong kat tangan, tido gitu je orang jepung ni. Carefree gila. Nyenyak kot tido sebab xda pula buka2 mata. Risau aku nengoknya. Ade sorang lelaki pakai sut depan aku, tengah berdiri kat pintu, muka macam penat, tapi masih bertenaga, berdiri pun bergaya, xpaham aku. Aku macam dah penat gila sampai aku x tahan tengok orang berdiri, lama2 aku pon tido juga join jiran2 aku ni. Dekat2 nak sampai Kyoto, aku terjaga, jiran2 aku 3 orang ni pon dah start sedarkan diri, rupanya diorang kenal antara satu sama lain, baru la kontrol skit, duduk betul2.haha. Sampai Kyoto, macam sesat sikit nak ke subway, tp jumpa, naik ke Jujo St., kami try guna lif, keluar lif nampak 7e. Beli nasi n kopi kat situ, balik hostel. 


Bajet nak masuk pintu belakang sebab tuan rumah kata kalau lewat masuk ikut belakang. Kami tau pin, tapi x tau cara masuk.kahkah, last2 pergi depan jgk, boleh pula dia buka lagi pintu depan, kata tutup lepas kul 10. So nasib kami la masa tu. Masuk, makan nasi, konon nak rehat, tapiiii.. banyak pula kisah aku ni. Turun cari Opp host kami, sebab toilet x hidup, bidet air x hidup, lepas tu aku sibuk transfer gambar. Akhirnya aku tidur lewat, dan esoknya tu, plan nak menyinggah ke Fushimi Inari Taisha, tempat paling signifikan dengan Kyoto. Macam x sah kat Kyoto kalo xgi situ. Balik dari Osaka tu baru aku teringat. Boleh pulakk.. Cerita dia sambung hari ke-3 nanti ya.

ps: mengikut tips daripada kenalan dan travel blogger, di Kyoto lebih baik beli day pass untuk bas. Nak ke mana2 banyak guna bas. Aku x ambil sebab masa x mengizinkan. Jadi rugi la jugak, kalau dari pagi di Kyoto boleh la.

-kuroneko-

Tiada ulasan: