Gaijin Khatulistiwa mengembara di Jepun- Hari ke-3
(Kyoto-Nagoya-Narai)
3 Mei 2015
Bismillah..
Fushimi Inari Taisha:
Hari ni aku dan Yuri bangun agak awal (Heh, entri
ke-3 baru nak perkenalkan nama kawan aku). Awal sebab kami kena kemas beg, dan check out awal, tujuannya nak ke Fushimi
Inari. Dari Hostel ke Fushimi Inari boleh je jalan kaki, dalam 20-25 minit.
Dari hari pertama aku dah usha Paris (tuan rumah) cemana nak ke Fushimi Inari.
Dia bagitau, ada tren yang bukan JR, stesen Tobakaido. Dari stesen tu, boleh
ambik tren dan turun di stesen Fushimi Inari. Paris tunjuk direction,tapi aku x jelas sangat. Kami sarapan dulu, borak2 dengan
tenant orang China, dia kerja kat
Jepun sekarang, untuk setahun, office
asal kat UK, ni kira cam outstation
utk seketika. Dia ke Kyoto sorang2 dan nak ke USJ haritu, kata dia, kalau boleh
xmau travel masa Golden Week, sesak. Tapi tu je masa cuti tanpa dipinta bagi orang Jepun,
lama pula tu.
Selesai sarapan, kami mula menapak mencari stesen
Tobakaido. Jalan punya jalan, sampailah kat simpang 4 besar. Di situ aku jadi
konfius. Eh, mana nak tuju ni? Mana stesen? Yang kami jumpa kejap tadi stesen
subway Karasuma line, stesen Kujo. Kujo ni kalau dari Kyoto St., dia sebelum
Jujo. Sebab dah xreti nak berfikir, aku masuk 7e dan tanya budak tu. Dikk,
cemana nak ke Fushimi Inari ni? Errr.. Dia panggil makcik kat dalam, makcik pun
tolong sama fikir cemana la nak tolong gaijin khatulistiwa ni ha. Pastu dia
macam suruh kitorang naik tren, aku pon dah x berapa ingat apa yang kami
bincangkan. Lol. Tapi diorang ni kalau kita tanya memang sungguh2 bantu.
Masalah besar aku masa ni ialah, aku lupa nama ‘Tobakaido’ tu!
Aku keluar
dari 7e, Yuri tengah berkerut kat luar struggle
nak cari map guna google. Dia mendapat kesimpulan, yang
kami dah dekat dengan Kyoto St. Mehh, kalau camtu baik amek JR je ke Fushimi
Inari. Itulah yang kami lakukan. Berjalan ke Kyoto St. dalam 15 minit, amek
tren JR Nara line local turun di
Inari St. Stesennya kecil je, keluar tu dah terus boleh nampak Tori gate warna oren terang. Kalau time ramai tourist, follow the crowd...
tu formula paling mudah. Berjalan lah kami masuk ke Fushimi Inari Taisha. Ini shrine, bukan temple. Oh ya, temple
untuk penganut buddha, kalau shrine
tu untuk penganut Shinto. Masuk Fushimi Inari Taisha ni xperlu bayar, free je. Ada banyak tempat sembahyang
kecik2 di sekitar kawasan tu. Kami ambil gambar sekeping dua kat entrance, dan terus tuju ke arah senbon
tori, iaitu tori gate yang banyak
disusun rapat2 dan kita akan lalu sepanjangnya. Nak ke situ kena naik tangga
sikit la. Mula2 nampak Tori gate besar2, dalam ati aku cakap, eh yang ni dah
ke? Kenapa x lawa, n lain? Aku terus lagi berjalan, sampai la dekat tori gate
yang kecik2, paras tinggi sikit je dari kepala mat saleh. “Ini baru betul!” kata hati kecilku.
Tori gate pertama yang boleh nampak sebaik keluar Inari St.
Tapi ade pula 2 laluan, dan aku dok fikir lagi,
apesal tori gate ni xda tulisan? Aku
try masuk dekat laluan belah kiri, tempat mat saleh sibuk bergambar, situ xda
orang lalu. Aku pun syak memang tu bukan laluan dia. Patah balik, masa tu la
baru aku sedar yang tulisan pada tiang tori tu kat sebelah depan, lalu dari
bawah ke atas x nampak, dari atas ke bawah baru nampak. Aku terus je lalu kat
laluan belah kanan, sampai keluar, lepas tu kami naik bukit sikit, tengok ada
apa kat atas, situ orang x ramai pergi, sebab ramai suka lalu tori gate kot.
Atas tu ada tempat sembahyang lagi. Ade hutan buluh. Kejap je kat situ, kami decide xmau teruskan ke laluan tori
gate, jadi kami patah balik, nak ke Nagoya pulak ni. Time ni xramai yang patah balik, jadi sempat la bergambar dengan
tori gate bahagian yang ada tulisan.
Masa naik tadi kemain bersusun orang, jem dah.
Hutan buluh
Tori gate yang signifikan dengan Kyoto
Kami turun, nampak orang bersusun nak naik.
Sampai kat bawah ada upacara sembahyang kat main
hall dia, xboleh amek gambar. Ade
priest tengah mengetuai upacara tu. Kami turun, dan keluar. Kat tepi2 tu ada
tempat gantung wishes, boleh beli
kayu dekat kaunter, tulis apa ko nak, pastu gantung. Mahal jugak wey, 800yen
sekeping. Oh no! Xdela aku beli,
Keluar dari situ, aku masih lagi nak mencari
stesen yang Paris cakap tu. Aku nak tanya orang kedai, tapi x tau nak tanya
apa. Last2 Yuri dapat tenet, dan aku ikut google
dia. Kami jalan, jalan dan jalan. Sampai satu tempat, aku tanya, jauh lagi ke?
Dia cakap sikit je lagi, depan tu je stesen. Aku tanya, stesen apa?
“Tobakaido”.. dia jawab. Aku terkejut, sebab setau aku Paris kata stesen
Tobakaido tu yang dekat dengan hostel,
yang patut kami cari stesen Fushimi Inari, Keihan line. Mak aih, so dah xperlu
naik tren la ni. Menapak je la. Tapi masalah sekarang, xtau arah mana pula nak
pergi bila dah sampai stesen. Kat stesen xda orang, mundar-mandir juga kami kat
situ, dah la tengah jalan ketapi, kejap tutup, kejap buka. Lol. Akhirnya kami decide
untuk lalu jalan satu lagi. Jumpa satu supermarket.
Aku masuk dan tanya makcik kedai tu. Kali ni aku tau apa nak tanya. Aku tanya
mana stesen Karasuma Jujo, kalau boleh locate
tempat tu, boleh la cari jalan balik hostel. Kami balik hostel utk ambil beg,
tadi tinggal situ dulu lepas check out.
Makcik yang keluar ni, dia memang sah tau mana Jujo. Dia siap ajak aku keluar
nak tunjuk jalan. Dia bagitau, kena belok sini, seberang jambatan, terus, traffic light, terus,traffic light..tah berapa kali traffic light. Semua tu dalam jepung tu.
Nasib baik la dulu pernah belajar direction
dengan sensei Rokiah. Boleh la paham. Aku ucap terima kasih, kami teruskan
perjalanan lepas diberi pencerahan oleh makcik supermarket.
Sampai kat satu simpang 4 ni, aku risau gak
kalau2 aku tersalah arah kan, jadi aku nampak konbini(convinience store) circle K,
aku masuk tanya budak cashier tu. Ade
2 orang, yang laki ni macam malu2, nasib baik yang perempuan ni cover, walaupun
dia xtau,budak laki tu yang tau. Nasib baik ko comel dik. Budak perempuan tu
cakap betul dah jalan ni. Kami jalan cross
beberapa traffic light, akhirnya
sampai. Di hostel, rehat jap kat
ruang tamu tu, sambil amek gambar dengan Paris. Opp siang2 xda, shift dia malam. Paris ni la owner nye, Opp cuma tolong2 rasanya.
Jumpa juga omuni Paris. Sempoi je makcik, siap belajar bahasa melayu lagi.
Kyoto-Nagoya
Dah siap2 ambik beg, kami terus ke stesen Jujo
amek subway ke Kyoto St., Kat situ
cari shinkansen nak ke Nagoya. Kena naik Hikari rupanya. Perjalanan dalam sejam
gitu je. Sampai kat Nagoya, kami cari hostel.
Hostel ni, dekat je dengan stesen, tapi kami salah masuk lorong, so lambat
sikit jumpa. Masa tu baru pukul 12 tengahari, belum masa check in lagi. Tapi
boleh tinggalkan beg. Dah sampai tu, aku tanya orang tu, ada x tempat untuk
kitorang solat, dia tanya, nak ruang besar ke? Aku cakap xdela besar, aku bagi
la anggaran tu. Dia fikir2, then
cakap, “Maybe u can check in now. Do you have 10 minutes?” Kami ok je, ini
sudah bagus. Xlama lepas tu dia tunjuk bilik kami, rupanya 10 minit tu nak cuci
bilik secara ekspres. Kami masuk bilik bau rokok.yuck. Tapi syukurlah, sebab ko masuk awal, so jangan komplen lah.
Nasib baik owner spoting. Kami letak
barang, solat, rehat jap, makan.
Pemandangan dari tingkap Hikari (shinkansen) dari Kyoto ke Nagoya
Narai
Malam di Kyoto sebelum ni, aku dah cari cara nak
ke Narai. Dapat map ringkas dari japan-guide, aku dah screen cap siap2 dalam fon. Selesai
urusan dengan yang Maha Esa, dan urusan perut berkeroncong, kami turun semula
menuju stesen Nagoya. Dekat sini aku cari tren menghala Nakatsugawa. Tempat tu famous. Jadi x susah nak cari tren. Kami
sampai di platform, nampak ada satu
tren tersedia kat situ, memang menuju ke Nakatsugawa, cuma, nampak gaya macam local je ni. Tapi kami naik juga, sebab
baca route map dalam tren lagi
senang, di platform xjumpa. Benarlah
tren local, dan jauh gila nak sampai
tempat tujuan. Maka aku dan Yuri decide
untuk turun di stesen depan. Dari situ, kami naik tren balik ke stesen Nagoya.
Permainan tren hopping ni dah jadi
kebiasaan pula. Haha. Di stesen Nagoya, sebab xmau buang masa mencari, aku
tanya je orang JR yang tengah bertugas. “Mana nak naik ketapi ke Narai encik?”
Dia tanya, “Expressu?” Aku iyakan.
Lepas dapat pencerahan dari dia barulah kami jumpa jalan yang benar. Jam dah
menunjukkan 1450, tren bergerak jam 1500. Tren ekspres (Shinano Limited Express)
ni pon ada reserve koc dan non-reserve koc. Kami dah pandai dah,
cari non-reserve. Xramai orang, seat
pon selesa. Kemudian, aku keluar jap untuk beli air. Aku nak beli air selain
mineral water, tapi masalah bila aku was-wasun nak beli yang lain. + pula aku
terngah beringat untuk jimat jimat dan jimat. Akhirnya aku keluar dengan
sebotol air mineral berharga 108 yen termasuk GST.
Dalam tren, kami lalu bandar Nagoya, kemudian slow2 keluar bandar nampak hijau. Lama2
lagi mula nampak gunung-ganang, padang, ini lagi lawa dari pemandangan
sepanjang jalan ke Nara ni. Jauh sikit lagi mula ada sungai air hijau dengan
batu2 dalam sungai timbul. Wahhh..cantik.. subhanallah! Dah sampai area macam
ni, terasa terlebih eksaited pula nak sampai Kiso valley yang menempatkan Tsumago/Magome/Narai. Tempat2 tersebut
merupakan post-town dari zaman Edo
dulu. Bangunan2 lama dikekalkan rupa dan bentuk. Dulu abang aku pergi ke
Tsumago dan Magome, Narai x. Dia jumpa mat saleh bagitau Narai lagi best. Aku pergi Narai ni atas sebab tu
lah. Tren kami berhenti di Nakatsugawa. Kalau nak ke Tsumago dan Magome, boleh
turun kat sini.Tempat aku nak tuju atas lagi.
Di stesen ni, ada 1 couple dutch ni, dari Holland naik. Sorang duduk seat x jauh dari
aku. Mula2 aku layan tingkap je, sambil2 ngantuk. Aku terjaga skali, nampak dia
senyum kat aku, aku senyum balas. Tapi aku ngantuk, aku layan ngantuk aku dulu,
hampir nak lelap tiba2, dengar dia bercakap dengan kawan aku yang dok seat depan. Terus aku terjaga, dan join diorang. Peramah betul orang ni.
Dia bercerita pasal accident yang
dialami sebelum pergi Jepun. Sehari sebelum ke Jepun baru buka bandage kaki. Kesian x dapat berjalan
banyak. Nak je aku buat luahan perasaan juga, bgtau dia aku paham perasaan
sakit sebelum travel ni, tapi aku xbuat. Dia di Jepun 4 minggu. Best sangat.
Aku usha2 mana dia nak pergi, kata dia nak ke Matsumoto, tinggal di hotel sana.
Aku tanya apa ada di Matsumoto? Memang aku zero
knowledge pasal tempat tu. Rupa2nya ada castle
kat sana. Ok, rugi x tau awal2. Kebetulan tengah borak2 tu, stesen kami dah
dekat, xlama lepas tu kami turun di stesen Kiso-Fukushima. X sampai Narai lagi,
sebab kena tukar tren sini. Aku tanya orang stesen mana nak tunggu tren ke
Narai, dia bawa ke jadual tren, dan bagitau kami tunggu kat platform yang sama
tempat kami turun tadi. Kali ni kami akan naik local train yang namanyya
Wanman. Tren pendek. Kat sini ade beberapa orang budak sekolah naik tren juga.
Macam pelik sikit tren ni sebab nak turun baru bayar, macam bas pula.
Pemandangan dari atas tren Shinano Ltd. Express. Gerak2 gambarnya.
Tepek jugak sebab nak tunjuk sungai cantik
Stesen Kiso-Fukushima
Dalam tren aku x dapat menahan diri dari bangun
dari tempat duduk menuju ke pintu, sebab pemandangan kat luar lawa sangat. Ade
la nampak satu dua sakura, dan pokok bunga merimbun bunga warna putih, pink,
pink terang. Mula2 aku ingat tu sakura, rupanya bukan. Sakura ada sikit je. Aku
berdiri dekat dengan driver, boleh
nampak dia tengah drive, aku ada snap gambar. Next station tu, driver
tarik bidai menghalang penumpang nampak benda2 dalam kokpit. Maybe aku dah ganggu dia. Huu. Tiba2
ternampak ada screen yang tunjuk
senarai tambang2, aku jadi konfius, ni tren under JR ke x ni? Kene bayar ke
cane ni? Tiba di stesen tujuan kami, kami tunjuk saja JRPass, pastu orang tu
angguk, dan selesailah keraguan tadi. Sejuk je udara kat sini. Yelah, dah kawasan
bukit dan gunung. Ada sungai kat tepi stesen, belah jalan raya. Cantik memang
cantik. Pokok2 yang berbunga rimbun merah/pink/putih tu pun masih lagi bersusun
kat sini. Unik stesen ni berbanding stesen2 kat bandar sana. Satunya, sebab
bila naik jejantas nak seberang ke bangunan utama(kecik je), laluan dia macam
kayu, furui(lama), dekat atas tangga
pun ada lukisan. Bila masuk ke bangunan utama lagi terasa lama bangunan tu.
Semua kayu, ada tempat menunggu kayu dengan kusyen2 jepun. Tingkap kekisi.Wahh,
terasa seperti dalam movie Makoto
Shinkai yang aku pernah tonton dulu. Bersama kami masa tu ada satu couple ni, umur diorng dalam awal 40-an
agaknya. Aku cuba mencari maklumat dekat stand
brochures, tapi kelihatan semua dalam jepung. Tapi couple tadi, yang
perempuan tu hulurkan aku satu pamplet pasal Narai. Memang satu apa ak x faham
sebab jepung, aku ambik je la dah dia hulur dengan sgt mesra dan baik hati.
Platform stesen Narai
Bangunan utama stesen Narai
Couple yang aku cakap tu
Diorang yang offer ambilkan gambar ni
Kami keluar dari stesen, bergerak ke kiri. Kat situ nampak laluan antara
rumah2 dan kedai2 yang berderet. Klasik habis. Kedai dah banyak tutup.
Sepatutunya kat sini, ada rumah2 yang boleh dilawat dengan berbayar. Tapi aku x
dapat kenal pasti yang mana, sebab semua nampak macam dah tutup. Masa kami mula
masuk, ramai lagi pengunjung. Sempat juga jenguk satu dua kedai yang masih
buka. Kami amek gambar puas2. Aku cuba cari poskad yang menunjukkan Narai.
Xjumpa di beberapa kedai pertama aku singgah. Akhirnya jumpa satu kedai yang
jual, tapi illustrated punya, bukan
gambar betul. Harga 500yen untuk satu set 6 keping. Mula2 aku nak share
dengan Yuri, tapi memikirkan sampul dia lawa, aku beli satu set untuk
aku je. Kemudian nampak brooch unik.
Bentuk bunga2 bertali. Yuri yang nampak dulu, dia dah decide nak beli untuk mak dia. Cantik, kata makcik tu, itu reform dari kain kimono, harga pun boleh
tahan, 1000 yen satu. Tengah dia pilih2, tah cemana makcik boleh tunjukkan aku bijik
Donguri, aku pon x paham kenapa dia simpan elok je biji2 tu dalam bekas. Bila
dengar donguri terus otak aku klik, “TOTORO!!” Mula la excited. Kata dia donguri tu attraction
juga bg tourist, sebab barang seasonal.
Aku menjerit2 dalam hati nak simpan satu. Sebenarnya masa tu jugak, aku dah teringin
sangat dengan brooch Yuri beli tadi, sampai sanggup menghulur duit dengan berat
hati demi satu brooch, kemudian makcik tadi bagi skali 2 biji donguri buat
kenangan Wahhh lagi sekali, yasashii (baik ah) makcik.
Kedai di Narai
Brooch
Donguri
Ini cap dia
Sepanjang laluan bangunan zaman Edo
Selesai membeli, kami terus berjalan lagi, aku
cuba cari jambatan, ada tanya makcik tadi, dia dah bagitau. Sambil2 jalan tu,
ada la sorang perempuan bawa anjing ni, dia tegur Yuri, tanya kami dari mana,
Yuri jawab Malaysia. Rupa2nya, dia pernah kerja di KL dulu. Borak2 sikit, dia
tanya kami ke Narai naik apa, bila tau naik tren dia macam pelik. Maybe orang
ke Narai biasa drive je kot. Katanya,
mereka dari Tokyo, 5 jam perjalanan dengan kereta. Datang pun sekejap ja, dan
nak balik terus. Jadi kami berpisah di situ, dia ke kereta, kami cuba mencari
jambatan klasik Narai. Hari dah makin lewat. Malangnya x jumpa pun jambatan,
kami putuskan nak terus jalan ke atas sikit sebelum patah balik ke stesen.
Huh, gitu je simpan wheelchair. Siapa nak guna ambik, dah selesai pulangkan.
Jujur tu penting.
Naik lagi, jumpa satu kedai yang jual poskad yang
gambar betul, tapiiii...poskad tu Cuma tinggal satu. Pakcik kedai cakap, “Kore shikanai desu”(Ni je satu2 nya yang
tinggal).. Aku pon membalas, “Watashimo hoshii..” (nak juga). Poskad tu rezeki
Yuri, sebab dia belum beli poskad lagi. Kami bersedar, jalan lagi ke atas, ada shrine kecik. Tapi sebab masa tu dah
mula gelap, seram nak masuk. Kami cuma snap gambar dari luar, lepas tu beredar.
Sepanjang perjalanan patah balik ke stesen, keadaan makin gelap, lampu2
tanglung yang digantung dah start
nyala. Mula la rasa macam dalam movie
Spirited Away. Tapi xseram macam tu la. Suhu pun makin sejuk. Sampai di
stesen, kami terus naik jejantas ke platform,
tapi bila tengok jadual tren, yang paling dekat jam 713 malam, kami patah balik.
Masa tu baru jam 600 petang. Aku nak ke tandas, kat sini tandas cangkung je
ada. Jadi kena tadah air kat sinki sebelum masuk. Haha. Terpaksa korbankan botol
mineral aku yang air belum habis, sebab lupa bawa extra. Cecepat aku habiskan
air.
Kami duduk2 di bangunan utama sekejap, nak amek feel furui tu. Lepas tu kami gerak ke platform sebab takut kena tinggal dengan
tren. Sejuk sangat dah rasanya masa tu, dan gelap senja. Nasib baik ada bilik
menunggu. Boleh la duduk situ berlindung dari angin sejuk. Sambil2 tunggu, kami
makan roti gardenia cicah serunding. Sedap! Sambil tu borak2 jugak. Masa tu
rasa stranded jugak, stranded kat kampung jepun. Feeling Spirited Away masih ada. Kemudian
tren pun datang. Aku dan Yuri tunggu pintu tren buka. Terpacak kami kat situ.
Pastu dia xbuka2. Tiba2 Yuri cakap, “eh, ke kita kena buka sendiri, tekan
butang tu?”, Ehhh betullah..kahkah. Nasib baik cepat sedar, terus buka pintu
dan masuk. Kalau x kene dump dengan
tren depan2 muka gitu. Hadoi! Tren ni panjang la pulak menjelang malam, tadi kontot
je. Perjalanan kitorang sama je, balik ke Kiso Fukushima dan tukar tren ke
Nagoya. Sebenarnya dari Narai ke Kiso-Fukushima selang 2-3 stesen je, tapi ade
la dalam 30 minit jugak. Kami x berani tidur. Sampai di Kiso-Fukushima pun,
kami tengok jadual tren ke Nagoya lambat lagi. Kami lepak2 dalam waiting room dulu, nak elak sejuk, siap tutup pintu lagi. Pastu ada
announcement, dalam jepun, kami buat
xdengar je la. Tiba2 datang tren ke Nagoya awal dari yang dijadualkan. Nasib
baik kami sentiasa alert, kalau x mau
kena tinggal. Tren ni ramai orang, masuk2 je x dapat memilih sangat seat. Ada 4 seat berhadapan, ada sorang
mamat jepung duduk. Pastu dia bangun cam nak bagi kami duduk, tapi rupanya dia
pergi pusing 2 seat tu supaya x berhadapan. Seat
tren diorang ni memang boleh main pusing2 je.
Lampu dah start nyala
Ni la rupa stesen dari luar
Stesen Narai menjelang senja
Dalam waiting room tu la kami bertahan dari angin sejuk
Balik Nagoya
Dalam tren ni, kami dah decide nak tidur, lama lagi nak sampai Nagoya, baik tidur dulu.
Yuri siap set alarm. Aku lek2 dulu
tulis pengaliran wang pada hari tersebut. Memang pesen aku masa travel ni, time penat cemana pun, payah nak tido. Lepas siap buat kira2 baru
aku tido. Sedar2 dah sampai Nagoya.
Kami keluar dari stesen, sambil2 cari Gin Tokei
ataupun silver clock, Taichi cakap
gin tokei ni famous meeting point kat Nagoya St. Siang tadi
dah set, kita kena cari jam ni sebab esok nak meet up dengan Taichi n the geng kat situ. Keluar dari stesen jumpa
satu jam tinggi cap Seiko, kami dah anggap itulah jam nye, Yuri amek gambar
untuk confirmation. Tah cemana kami boleh terfikir nak ke tourist information center (TIC) sebelum
ke Tsutaya, dah nampak Tsutaya dah mata ni. Tapi patah balik ke bangunan stesen
semula, aikk, jumpa satu lagi jam silver yang rendah sikit dari tadi. Yang ni
xda brand. Kosong je, kat sekeliling tu banyak sampah. Huhu. Yuri snap gambar
lagi. Kami dah mula konfius. Masuk je dalam bangunan stesen, kami dikejutkan
lagi dengan satu lagi jam berwarna perak. LOL! Kali ni pendek dari yang kedua
tadi dan brand Seiko. Aku dah cakap kat Yuri, “Ce tanya diorang Taichi ni, gin
tokei tu brand apa?” sambil gegelak, opcos
la x tanya betul2. Kami terus cari TIC,malangnya dah tutup. X pukul 9 malam
lagi dah tutup semua. Memang working hour
diorang sampai jam 5-6 petang gitu je. Nak apa2 kena awal.
Kami keluar balik
nak ke Tsutaya, mula2 ingatkan Tsutaya jual cd, rupa2nya rental je. Aku keluar dengan hampa. Ingat nak gi beli cd2 kiriman
orang malam tu juga. Kat sebelah ada Bic Camera, aku usha level guide dia, ada jual cd, tapi dah nak tutup, so kami xleh
masuk. Nak pusing2 pon semua kedai dah tutup. Kami berjalan dengan hampa ke hostel. Singgah 7e kat tepi hostel jap.
Nak beli nasi, dan sabun. Kemudian, naik hostel, uruskan diri, basuh baju,
kemas2 apa yang patut. Basuh baju satu hal, mesin pengering dia tu, 2 kali kami
try xkering baju. Aku givap sebab dah kehabisan duit 100 yen, Yuri gigih
keringkan utk kali ke-3. Rupa2nya kena ejas temperature.
Hadoi la, semua instruction jepung,
xda translate. Kesiann. Sebelum tido,
sempat tanya Taichi mana satu gin tokei ko ni? Kitorang jumpa 3 jam bak
ang.Pastu dia pi tunjuk gambar, taulah kami bahawa jam paling pendek cap Seiko
dalam stesen tu la yang gin tokei nye,
the famous meeting point. Mystery solved. Nanti aku tunjuk gambar dalam entri hari ke-4 ya. Esok nak ke Railway Park tengok sejarah shinkansen
dan prototaip Maglev, aiseh, prototaip
ke. Lepas tu meet up dengan Taichi,
Yuto, dan Yuya. XD
-kuroneko-
-kuroneko-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan