click here :)

Jumaat, 24 Julai 2015

Note #83

Bismillah..


Beberapa hari ini aku banyak berkomunikasi dengan kawan-kawan yang lebih tua. Mulanya bertanya khabar, kemudian bercerit tentng hal ehwal semasa, sampailah ke hal-hal masa depan. Antara sebab aku suka bercakap dengan orang yang lebih tua ni, adalah kematngan mereka. Kalau aku tak tahu tentang sesuatu pun aku tak rasa segan sangat nak mengaku. Selain tu, mereka la tempat aku berkongsi rasa gembira dengan kejayaan kecil aku. Mungkin sikap anak bongsu agaknya, masih keanak-anakan, kejayaan kecil pun nak dikongsi, bila dikongsi nak mereka yang berkongsi itu respon secara positif. Betul, kawan-kawan yang aku cakap tadi memang memberi respon positif. Aku gembira. Bersyukur sangat dapat kawan-kawan macam ni. Itu lah yang dipersoal dalam surah Ar-Rahman berkali-kali sehingga habis ayat-ayatnya, "Maka nikmat tuhanmu yang manakah engkau dustakan?". Hidup banyak pahit, tapi lebih banyak manisnya. Cuma kena belajar bersyukur. Cuba cari kegembiraan di celah-celah kesedihan hidup. InsyaAllah, ada.




1 ulasan: