click here :)

Jumaat, 16 Oktober 2015

Berniaga

Dengan nama Allah Ar-Razaq

Aku nak berniaga. Waktu di sekolah rendah semasa kelas kemahiran hidup, cikgu memberi tugasan supaya kami menjual makanan ringan. Satu pun akutak jual. Masa undergrad, masa projek keusahawanan berkumpulan, kami rugi. Itu kegagalan lampau aku. Aku tak minat langsungdengan berniaga dulu, semua peluang belajar berniaga aku tolak mentah-mentah. Tapi sejak era perniagaan online ni, aku mula terpengaruh, Setahun dua ni, aku perhati, aku dapat sedikit ilmu dari pemerhatian, aku mula mengorak langkah pertama, aku usulkan cadangan pada pemodal (sendiri tak da duit). Aku dapat bantuan modal. Aku akan ceburi pasaran yang penuh, tapi insyaAllah cuba mencari kelainan. Selain memerhati, aku cuba mendapatkan ilmu daripada buku-buku, perkongsian secara online oleh usahawan yang berjaya, dan seminar-seminar keusahawanan. Rata-rata seminar berbayar, tapi selagi mampu, dan demi mendapatkan ilmu, apa salahnya aku melabur. Doakan aku berjaya ya.

Tiada ulasan: