click here :)

Ahad, 20 Mac 2016

Note #89: Trip ke Bandung

Intro

Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani..

Saya berjaya dapat tiket promo pergi bali RM146 ke Bandung.

Ya, murah kan RM145 je. Belum masuk beg tu. Masa beli ni try gak tanya sesiapa yang nak ikut, ramai yang xnak, dan x boleh. Saya selalu kecewa sebab bila tiket murah, xde orang sanggup teman pergi, jadi cancel, bila murah, masalah ni lagi, beberapa kali berlaku. Jadi saya mengambil keputusan berani, beli je, pergi tak pergi belakang kira. Ada setahun lagi untuk kumpul keberanian nak travel sorang. Saya ke sana untuk urusan bisnes, tapi saya juga bercadang mendapatkan supir untuk jalan-jalan ke Kawah Putih, Tangkuban Prahu, dan tempat-tempat tumpuan wisata(pelancong). Masa ini saya ingatkan diri supaya fokus kumpul duit dan lain-lain hal saya akan bereskan sebelum ke sana.

Jujur lepas je beli tiket ke Bandung, saya terus pujuk diri cakap xpe jenab, boleh jenab, kalo x berani pon xpe, tapi try la kumpul keberanian tu. Sebagai usaha ke arah memberanikan diri, saya cari maklumat di blog-blog. Rata-rata ke sana bersama keluarga dan kawan-kawan. Kalau pun ada solo traveller, kebanyakan lelaki dan warga tempatan. Tapi satu blog yang mengubah hati saya 180 darjah ialah blog wanita ini. Sebab entri itulah saya terus rasa tenang dan selamat untuk meneruskan hasrat saya. Malah saya memilih untuk tinggal di tempat yang sama dia tinggal. Sangat dekat dengan tempat tujuan saya di Bandung.

Bulan-bulan selebihnya saya tidak begitu ambil tahu tentang trip ini sebab hati dah tenang. Nak usha hotel pun, awal lagi, masih belum dibuka tempahan untuk tarikh saya. Kira-kira dalam Januari tahun ini baru saya setelkan hal-hal penginapan dan pengangkutan. Debaran pun sudah mula muncul. Saya berjaya tempah bilik di Unique Guest House Jalan Ence Ajis. Korang pergi agoda boleh jumpa Guest House ni. Harganya dalam RM100 bagi 2 malam. Bilik kecil dengan katil double dilengkapi aircond dan tv. Ada sarapan. Saya berpuas hati kerana berjaya mendapatkan tempat menginap yang dekat dengan tempat tujuan dengan harga yang rendah.

Dalam masa yang sama, saya mula menjalankan operasi 'membuat duit'. Sambil ke Bandung atas urusan sendiri, lebih baik saya ambil peluang buat duit sebagai personal shopper. Ramai tau kan di Bandung terkenal dengan kain sulam yang cantik2 dan berkualiti tinggi. Maka saya mula mengambil order daripada rakan-rakan dan saudara mara. Hampir 60 pasang tempahan yang diterima, sebahagiannya ada yang ditempah khusus dari kilang untuk dijadikan uniform dan sedondon. Saya mula kaget, macam mana saya nak bawa 60 pasang kain. Berapa pula beratnya tu. Tapi cool lagi masa ni. Hari-hari terakhir saya sebelum berangkat ditakdirkan amat sibuk dengan pelbagai urusan. Termasuklah ke seminar perniagaan.

Semasa saya sedang syok menadah ilmu dari penceramah di seminar, saya menerima satu sms yang mengatakan pihak hotel di Bandung tidak berjaya mengecas kad debit yang saya gunakan untuk membuat bayaran, dan meminta saya melakukan beberapa hal sebagai pengesahan supaya tempahan saya berjaya. Saya cemas, mula tidak fokus dengan perkongsian di dewan. Saya cuba mengemaskini nombor akaun di agoda, akhirnya direspon dengan "Tempahan anda sudah dibatalkan kerana kami tidak mendapat respon dari anda..". Apalagi, saya jadi makin risau, risau kerana saya tau hotel itu bakal sold out jika saya tidak menempah semula dengan segera. Apalagi, saya hubungi beberapa orang rakan, termasuk abang saya. Dan alhamdulillah seorang rakan berjaya mendapatkan semula bilik tersebut dengan harga yang sedikit tinggi, RM111.87. Lebih RM11. Tak apa, asal saya ada tempat bermalam pada harga yang rendah.

Nanti saya sambung lagi dalam entri selanjutnya.



Ni bukti saya nebes sejurus selepas beli tiket, dan post kat ig utk pujuk diri xD 

4 ulasan:

Download film bluray berkata...

Tak ada foto dokumentasi nye kak ?

Azalea berkata...

Sama la Kita..gi Bandung sorang2..bulan 7 Ni baru pergi..ticket dapat Rm110 pergi balik..

Azalea berkata...

Sama la Kita..gi Bandung sorang2..bulan 7 Ni baru pergi..ticket dapat Rm110 pergi balik..

kuroneko berkata...

Murahnya! have fun kat sana. Rindu pulak.