Dengan nama Allah Ar-Rahman Ar-Rahim
Hari ini saya keluar bersama2 kawan sama universiti dulu. Seorang dah dapat kerja tetap, seorang dah bekerja tapi sebagai pekerja kontrak. Dua2 nya sahabat baik waktu di universiti. Dengan mereka la saya selalu bergosip, bercurhat, ahaa, curhat gitu, curahan hati. Memang diorg ni sahabat baik saya. Bertemu mereka buat saya fikir, cemana hidup saya, dah baya2 camni saya masih lg xda pendapatan sendiri, masih bergantung dengan keluarga. Lepas tu mula fikir kalau saya kaya. kalau saya kaya.
Memang waktu xkaya ni fikirnya, kalaulah kaya, nak tolong orang tu, nak tolong orang ni. Hulur duit kat sana sini. Tapi katelah betul dah kaya, memang buat seprti yang di rancangkan tu, bagi bantuan kewangan kepada orang2 yang memerlukan, hasilnya? Nak dapat hasil baik, kena niat baik. Niat nya apa? nak dapat pahala? Pahala jelah Allah bagi. Niat nak redha Allah, insyaAllah lebih baik. Tapi sebelum tu, mampu ke saya nak menyorok dari riak? Mampu ke saya ni nak memberi tanpa mengharap apa2 kecuali redha Allah?
Lebih dulu daripada mampu ke nak elak riak tu, timbul pulak soalan, mampu ke saya ni nak memberi? Cerita dia bukan mampu dari segi ade ke x ada, tapi mampu ke nak luakkan sedikit yg mana ada (atau yg dah melimpah tu) untuk orang lain. Kuatkah saya nak elak sifat bongkak, sifat sayang harta tu? Selalu juga dengar cerita orang kaya kedekut. Takut juga Allah uji saya dengan harta, takut juga Allah beri saya bala dalam bentuk harta. Harta benda ni, kalau kita tengok dari banyak sudut pun, tetap nampak payah nak mengurus. Kalau 'kita'? Kalau 'saya' sebenarnya.
Bila difikir2, ditimbang2, terasa pula, aku ni x kaya sebab aku x mampu la tu. Satu x mampu nak dptkan kekayaan, satu lagi, mungkin, mungkin x mampu nak uruskan kekayaan. Orang kaya ni, di mahsyar nanti, masuk syurga lambat. sebab banyak urusannya dengan harta, banyak pertimbangan nak dibuat. Tetapi jika baik cara dia menjalani hidup di dunia, baik pengurusan hartanya, dia lah yang akan ke syurga yang lebih atas. Manakala orang miskin pula, cepat hisabnya, cepatlah masuk syurga kerana jika hidupnya baik di dunia. tetapi, harta yang dibelanjakan di jalan Allah itu mungkin x setanding harta orang kaya yang dibelanjakan di jalan yang sama. Tetapi apa2 pun, Allah maha adil. Peluang untuk orang kaya dan orang miskin masuk syurga itu sama. Yang penting hati kena tunduk kepada pencipta.
*aku mahu kaya, tapi aku mahu dekat dengan Allah. Amin.
= ) kuroneko
Tiada ulasan:
Catat Ulasan