Dengan nama Allah Ar-Rahman Ar-Rahiim
Jumaat lepas, 26 September, sepupu saya meninggal dunia. Berita yang agak mengejut. Kami tahu dia uzur tetapi bukanlah uzur disebabkan penyakit yang selalu kita dengar boleh meragut nyawa. Waktu cuti sekolah lepas, kami sekeluarga ke Pulau Pinang bercuti sambil ziarah dia sekeluarga. Mula2 berjumpa dia, saya agak terkejut, penyakit mata dia teruk. Penglihatan dia memang sangat terbatas. Nak jalan pun anak sulungnya yang akan bantu pimpin. Masa tu, dia x pula nampak sakit. Tapi isterinya ada bercerita yang sepupu saya tu mengadu sakit dada beberapa hari tu.
Kami di Penang 3 hari termasuk hari sampai. Malam hari pertama, dia jemput kami makan di rumah. Esoknya, dia belanja kami semua sarapan, kemudian jalan2 di sekitar. Petangnya, dia offer untuk belikan makanan untuk kami dan harntar ke hotel, sebab semua nampak dah penat dengan kanak2 yang dah meragam. Malangnya ada sedikit halangan dan pakcik saya keluar beli makanan untuk kami. Masa maghrib tu, sepupu saya telefon, ajak makan laksa penang di rumah beliau. Sebab sebelumnya kami menolak untuk keluar malam ke kedai laksa, maka dia beli dan makan di rumah.
Begitulah layanan baik yang kami terima sepanjang di Pulau Pinang. Siapa sangka lebih kurang 10 hari lepas tu dia dijemput Ilahi. Sepupu saya yang terkenal dengan kelakar dan senang membantu. Lama kami x berjumpa. Kali pertama berjumpa lepas sekian lama, jadi perjumpaan kali terakhir. Atur cara yang Allah buat tu lebih baik. Pada mulanya abang saya berniat nak bawa mak jalan-jalan ke Singapura, tetapi rancangan ditukar jadi percutian keluarga ke Pulau Pinang. Sebab yang menguatkan pertukaran lokasi dan peserta percutian ni ialah, "kita nak ziarah Usin, Usin uzur." kata mak. Kebetulan cuti sekolah lepas, masa kami nak ke sana beberapa hari lebih awal dari rancangan Usin nak balik kampung.
Semoga Kak Yah, Irfan, Irdina, Aisyah, Hanzalah kuat dengan pemergian ketua keluarga mereka. Semoga Irfan jadi anak soleh yang akan menjaga keluarga mereka. Semoga roh Abg Usin tenang bertemu pencipta. Amiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan