click here :)

Jumaat, 7 November 2014

Note #68 :相談

Dengan nama Allah Ar-Rahman Ar- Rahim

Tajuk tu saje je konon nak guna kanji. Padahal baca kanji x gheti pun. Perkataan tu dibaca 'so-u-dang'. Maksudnya consultation.

Beberapa hari ni teringat pula zaman belajar di unimars. Waktu menuntut ilmu memang kita  selalu ingat sebab kesan dia besar. Satu hal lagi, waktu ni juga lah kita diuji macam2 selain ujian akademik. Ada satu masa saya diuji dengan ujian ukhuwah. Sampai saya rasa, eh, cetek nya ukhuwah kami. 

Ceritanya bermula waktu saya tahun 4. Saya ade hubungan baik juga dengan kohai saya, yakni junior2 saya. Mereka sama kos, 2 tahun lebih muda. Apa2 hal, ada yg merujuk dengan saya untuk bertanya, selain seorang lagi kawan yang lebih baik. Al-kisah bila kumpulan kohai ni, dalam 5-6 orang, berkonflik. Tapi masalah dia senyap2 tapi beri kesan jelas. Ada orang terlepas kata, yang sorang lagi terasa, dan pergi menyendiri senyap sampai yg lain2 rasa x selesa. Tapi sebab tu x jelas la, sampai sekarang saya x pasti jgk apa yg berlaku.

Lepas berbincang dengan budak2 ni, kami buat keputusan untuk bersemuka dan berbincang terus. Tapi, masalah dia timbul bila seorang xsetuju. Dia xmau bersemuka. Kita pujuk pon x jalan. Maka isu yang patut diperjelas cuma berakhir dengan spekulasi dan kenyataan dari sebelah pihak je.

Ada satu malam, junior saya yg sorang ni yg xmau bersemuka ni hubungi saya. Dia sms tanya, "Akak pergi surau x malam ni?". Saya yang memang xrajin ni cakap la x. Dia cakap nak datang bilik saya. Kebetulan saya berkongsi bilik dengan salah sorang junior yang juga terlibat dalam konflik ni. Junior yang mesej saya tu minta saya rahsiakan hal dia nak datang tu. Malangnya  saya dah terberitahu siapa mesej saya masa mula2 dapat mesej, sebelum sy tahu dia nak saya rahsiakan. Tp junior yang sebilik dengan saya ni bekerjasama, dia cakap dia akan keluar, dan suruh saya jernihkan keadaan. Saya cakap, kalau boleh saya cuba.

Malamnya dia datang, mula2 cerita hal2 biasa. Kemudian baru dia mula buka cerita. Memang saya x ingat cerita dia. Tapi isi penting dia memang berkait rapat dengan diri dia yang sensitif. Saya sebagai pendengar ni, saya x berani nak kata apa2, malah bila dia nangis saya pon nangis juga. Rasa x guna di situ. Bila memikirkan dia mungkin perlukan pendengar, saya dengar jela. Saya x berani nak bagi nasihat banyak ke ape. 

Konflik kohai saya ni berlangsung untuk beberapa ketika la. Nampak tegang, xbercakap,xceria. Dalam seminggu atau lebih sikit saya perasan yang diorang mula berjalan sama-sama balik. Lepas tu, 2 orang yg x bercakap langsung masa tegang tu mula bercakap balik. Lepas tu smua kembali ke sedia kala. 

Kejadian ni buat saya fikir yang xsemua perkara kita perlu bincang secara bersemuka, walaupun itu cara yang terbaik bagi saya, x smua orang boleh terima. Kadang2 memang ada benda yang akan pulih sendiri, xperlu susah2 buat itu ini, cuma perlu diberi masa. Masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan macam2 cara. Kena bijak baca keadaan dan sabar banyak2 je. Insyaallah, kalau kita betulkan niat, Allah permudahkan. Semoga ukhuwah kami berkekalan. Amin

-kuroneko-

5 ulasan:

mohad berkata...

terberitahu.. ada juga ke..

kuroneko berkata...

Ijad, ade

Unknown berkata...

kenape xde button like kt post ni...ngee*

saye jenis yang bt tak reti je.. haha.. jadi sepanjang time belaja dulu.. saye xde pon gaduh dgn sesape.. hahaha..

kuroneko berkata...

Like dlm hati je kak.hehehe. itula, org ni pon kbetulan jd target utk diorg consult. Padahal kt ni xtau ape sgt pon. Tp alhamdulillah xde kes berpanjangan.

mohad berkata...

mengingati citer lama ya..